Penyanyi Kaka Azraff mengakui dia masih selesa diuruskan oleh syarikat pengurusan Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. walaupun sebelum ini pernah berlaku masalah dalaman kerana ada dakwaan mengatakan terdapat penyelewengan kewangan.
Dipetik daripada laporan Utusan Online, Kaka bagaimanapun ada merancang untuk keluar dari syarikat tersebut pada masa akan datang.
"Memang saya ada merancang untuk keluar. Tetapi tidak buat masa ini kerana masih ada projek bersama mereka yang belum diselesaikan. Saya rasa saya masih selesa bersama Wirefame. Malah selama tiga tahun bersama Wirefame, saya bersyukur kerjaya dalam bidang nyanyian lebih menyerlah berbanding dahulu.
"Saya memang masih mengharapkan Wirefame menguruskan kerjaya nyanyian saya. Apa yang terjadi antara Zizan dan Marina adalah masalah dalaman. Ia tidak melibatkan pihak lain.
"Bagi saya, saya masih tidak mampu sebenarnya untuk menguruskan jadual sendiri. Mungkin, adanya syarikat pengurusan itu lebih bagus," ujarnya.
Sebelum ini akaun syarikat milik pelakon Zizan Razak ini telah dibeku sehingga menyebabkan Kaka dan Johan As'ari yang turut bernaung di bawah Wirefame tidak memperolehi gaji mereka.
Bagaimanapun pelantun lagu "Infiniti Cinta" ini memberitahu bayaran mereka telah dijelaskan sepenuhnya sebelum Aidilfitri lalu.
Bercerita tentang perkembangan karier seninya, Kaka memberitahu dia masih lagi mempromosikan album "Terpulanglah" dan bakal muncul dengan filem indie berjudul "Cinta Paradoks" serta sebuah single baru tidak lama lagi.
Ditanya mengenai perancangan album, Kaka berkata fokusnya kini adalah untuk mempromosi single.
"Setakat ini, saya fokus kepada promosi single tetapi perancangan untuk album itu memang ada. Sekarang juga pemilihan lagu sudah dilakukan untuk album mini saya.
"Harap-harap album saya akan dikeluarkan menjelang hujung tahun ini. InsyaAllah, album itu nanti mengandungi tujuh buah lagu termasuk lagu terbaru saya, "Terpulanglah"," jelasnya.
Baca : Aidil Zafuan Dakwa Tuntutan Mutaah 300K Rita Rudaini Adalah Melampau
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Kaka Azraff masih selesa dengan Wirefame"
Post a Comment