Pelakon Nas T mengakui adakalanya berasa cemburu melihat rakan-rakannya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi menyerahkan persoalan jodoh kepada takdir.
Dipetik daripada laporan Sinar Harian, pelakon berusia 31 tahun ini yang masih belum mempunyai calon yang sesuai turut tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mengakhiri zaman bujangnya.
"Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga? Hampir semua rakan-rakan saya sudah berkahwin dan punya anak. Ia membuatkan saya sedikit cemburu.
"Tapi soal cinta bukan boleh dipaksa-paksa dan InsyaAllah sekiranya dipertemukan dengan wanita yang sesuai pasti saya akan berkahwin," ujarnya.
Nas T dan Nabila Huda pernah menjalin hubungan cinta sekitar tahun 2013.
Pemilik nama sebenar Nas Muammar Zar Nasruddin ini turut mengakui dia semakin cerewet dalam memilih pasangan kerana pengalaman lalu banyak mengajarnya.
Mengimpikan wanita yang lasak dan 'gila-gila' sepertinya, bekas kekasih kepada aktres Nabila Huda ini turut memberitahu ada rakan-rakan yang membantunya mencari pasangan, tetapi rezeki jodoh masih belum berpihak kepadanya.
Bercerita tentang perkembangan karier seninya, Nas T yang mula dikenali menerusi filem "Goodbye Boys" dan siri televisyen "Kami" memberitahu rezekinya semakin murah selepas bergelar pemenang "Fear Factor Malaysia" musim kedua.
Dia juga sedang terlibat dengan program hiburan "Suka Lattew" bersama Alif Satar dan Shahrol Shiro di saluran Astro.
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Nas T letak sasaran akhiri zaman bujang?"
Post a Comment