Nita Hamzah Temui Cinta Baru

Lama sungguh kita tidak mendengar perkhabaran baru mengenai naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah, 33.


Nita Hamzah Temui Cinta Baru, info, terkini, hiburan, gosip, Nita Malaysia Idol

Kalau ada pun, sewaktu dia sedang hangat bercinta dengan Zahid AF sebelum kedua-duanya memilih haluan sendiri pada tahun 2010.

Terbaru, Nita rupa-rupanya sedang menikmati musim indah percintaan dengan jejaka bernama Mohd Fareez, 26.

“Seganlah nak cerita mengenai kisah peribadi. Cukuplah yang orang tahu setakat itu. Saya tak mampu menebak apa yang bakal terjadi pada mendatang. Insya-Allah doa yang baik-baik saja,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Mungkin kali ini Nita memilih untuk tidak terlalu mendedahkan sisi peribadinya kepada media berdasarkan pengalaman lalu.

Apapun, kami tertanya-tanya juga bilakah dia akan kembali semula ke persada seni secara serius seperti sebelum ini?

Kasihan peminat yang mungkin masih mengharapkan kemunculan Nita sehingga ke hari ini.

Apapun, untuk makluman semua, penyanyi itu akan membuat persembahan di Hard Rock Cafe (HRC) Kuala Lumpur pada 19 Oktober ini bersempena kempen Pinktober 2014 bersama rakannya, Dina Nadzir.
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Nita Hamzah Temui Cinta Baru"

Post a Comment