Nora Danish Diminta Kurangkan Kongsi Gambar Dengan Keluarga Bekas Mertua

Nora Danish Diminta Kurangkan Kongsi Gambar Dengan Keluarga Bekas Mertua. Seriously? Baik salah, gaduh pun salah. Maka, sememangnya susah untuk bergelar seorang selebriti. Hati keluarga mahu dijaga, perasaan peminat pun kena ambil tahu.


Gosip, kontroversi artis, hiburan, nora danish, jejai, fasha sandha, sensasi,


Ini semua gara-gara beberapa keping foto yang dimuat naik oleh pelakon paling hot di Malaysia sekarang ni, Nora Danish. Ceritanya begini, rasanya memang semua orang sedia maklum bahawa hubungan Nora Danish dengan bekas mertuanya, Puan Sri Raja Noora Ashikin memang rapat.
Tapi, ada pula yang meminta agar pelakon itu kurangkan foto bersama bekas mertuanya kerana mahu jaga hati Fasha yang sedang sarat mengandung. Haih.. macam-macam!

Gosip, kontroversi artis, hiburan, nora danish, jejai, fasha sandha, sensasi,
Antara foto yang dimuat naik oleh Nora Danish
Gosip, kontroversi artis, hiburan, nora danish, jejai, fasha sandha, sensasi,


Erm.. kami tak rasa pun perkara ini seharusnya menjadi isu kan dan ternayata pendapat kami disokong oleh ramai peminat Nora Danish juga!

Katanya tak salah Nora nak mengekalkan silaturrahim dengan bekas keluarganya, lebih-lebih lagi jika keraian seumpama itu diadakan. Bukan saja-saja nak show off kan?

Gosip, kontroversi artis, hiburan, nora danish, jejai, fasha sandha, sensasi,


Eh.. terlupa pula nak bagitahu, sebenarnya foto-foto yang dimuat naik oleh Nora itu merupakan foto sekitar perkahwinan Putri Yasmin, iaitu merupakan adik kepada Jejai.

Tapi, Nora bukan lah datang berseorangan, sebaliknya si hot mama ini datang dengan kekasih hatinya, siapa lagi kalau tak lain tak bukan, Nedim Nazri.


Gosip, kontroversi artis, hiburan, nora danish, jejai, fasha sandha, sensasi,
Antara foto yang dimuat naik oleh Fasha Sandha

Sementara itu, kami tinjau pula instagram Fasha pula, kot-kot ada isu sama yang ditimbulkan oleh individu tadi. Tapi, setakat ini hanya 3 keping foto yang dimuat naik oleh Fasha dan tiada pula gambar dengan keluarga mertua.

Foto yang dimuat naik itu pula rasanya hanya di sekitar majlis pernikahan Putri Yasmin, bukanlah di majlis persandingan seperti mana yang di’upload’ oleh Nora Danish.

Apapun, rasanya lebih baik kita berfikir dengan lebih positif kan? Mana tahu kot Fasha masih belum upload lagi foto-foto mesra dengan mertuanya kan?


Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Nora Danish Diminta Kurangkan Kongsi Gambar Dengan Keluarga Bekas Mertua"

Post a Comment