Tinggal sahaja beberapa bulan lagi, pasangan pelakon Fizz Fairuz dan isterinya Almy Nadia, bakal melahirkan anak sulung mereka dan kini usia kandungannya telah masuk ke 15 minggu dan sepanjang kandungannya itu, dia dikatakan tidak makan nasi dan berasa alahan untuk menjamah nasi beserta lauk-pauk yang lain. Pendek kata dia tidak boleh makan masakan melayu.
“Usia kandungan sudah memasuki 15 minggu dan sepanjang itu saya sudah bertambah berat badan daripada 55kg ke 63kg sekarang ini. Saya sudah tidak ada lagi masalah alahan cuma pemakanan saya berubah apabila saya suka makan benda-benda seperti sushi, salad, subway dan lebih kepada makanan barat”
“Saya tak boleh makan nasi atau masakan kampung lain dan itu mungkin terjadi disebabkan saya tengah mengandung sekarang ini,” katanya yang ditemui semasa Majlis Pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur kelmarin.
“Saya memang mengidam sangat-sangat telur penyu dan akhirnya saya dapat makan telur penyu daripada Sabah sebanyak 5 biji selepas direbus,” katanya ringkas.
Almy yang akan berpantang mengikut cara tradisional sepenuhnya selepas ini telah mendapat pelbagai tips daripada ibunya sendiri, malah ibu mertuanya juga. Dia turut menjelaskan bahawa semenjak mengandung ini, emosinya tidak menentu dan kadangkalanya kurang stabil.
“Saya ada bertanyakan beberapa tips daripada ibu dan juga ibu mertua saya, mereka kata kalau nak cantik mestilah ikut pantang cara tradisional. Ya kadangkalanya emosi saya tak menentu dan cepat sangat rasa sensitive tetapi apabila saya bertanyakan pada orang-orang yang pernah mengandung sebelum ini, mereka mengatakan itu adalah normal bagi setiap wanita yang mengandung,” katanya mengakhiri perbualan.
Sumber : rotikaya.com
0 Response to "Pelik ! Almy Nadia Alahan Makan Nasi "
Post a Comment