Kumpulan Bunkface menolak tawaran untuk melakukan persembahan pembukaan konsert artis luar negara kerana sering kali menerima layan berat sebelah daripada pihak penganjur.
Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, pihak penganjur tidak menghormati dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada artis tempatan yang dipilih sebagai pembuka persembahan konsert artis luar negara.
"Kami sudah banyak kali terkena layanan macam sampah yang diberikan pihak penganjur untuk pembukaan konsert-konsert artis luar negara.
"Sudahlah tidak disediakan bilik menunggu, malah kami terpaksa berdiri menunggu di tepi pentas sehingga masa persembahan bermula, ada juga yang kami tidak sempat buat persembahan kerana mereka kata sudah tidak cukup masa dan balik tanpa sebarang bayaran pun," ujarnya kepada mStar Online.
Selain Sam, kumpulan Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan).
Sam berkata, perkara tersebut membuatkan mereka serik untuk menerima undangan nyanyian sebagai artis pada pembukaan sesebuah acara hiburan terutama bertaraf antarabangsa.
Jelasnya, penganjur konsert seharusnya memberi layanan yang sepatutnya kepada artis-artis tempatan dan bukan terlalu mengagung-agungkan artis luar.
"Bila saya bercakap tentang ini, orang nampak seperti saya seperti terlalu demand, namun saya hanya ingin artis-artis tempatan yang buat persembahan pembukaan diberi kemudahan yang baik.
"Dulu kami memang antara kumpulan yang seringkali dipanggil untuk buat persembahan setiap kali penganjuran konsert-konsert daripada artis luar. Bagi saya persembahan pembukaan sesuai untuk kumpulan baru dari segi promosi mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sam berkata, mereka bakal keluar dengan album ketiga berjudul Malam Ini Kita Punya dan akan dilancarkan pada 2 Oktober depan.
Tambahnya, album tersebut bakal menepis tanggapan peminat bahawa kumpulan Bunkface semakin suram.
"Kita akan lancar album ketiga bulan depan selepas dua tahun selepas album kedua dulu. Dalam album itu ada tujuh buah lagu baru termasuk Rentak Laguku.
"Album itu juga akan menjawab tanggapan pendengar dan peminat yang kata kami sudah suram, bagi saya kami sentiasa ada keluar single cuma tiada kerjasama dengan syarikat besar seperti TM dulu membuatkan orang kurang perasaan kewujudan produk kami di pasaran muzik," ujarnya. - mStar

0 Response to "Penganjur Konsert Antarabangsa Layan Bunkface Seperti 'Sampah'"
Post a Comment