Penyanyi Alif Satar Sah Bergelar Suami Shadila Halid

Jarang-jarang sekali orang mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada hari bekerja, tapi ini berlainan sekali buat penyanyi Alif Satar yang akhirnya sah bergelar suami kepada pasangannya, Shadila Halid, pada hari ini.


Penyanyi Alif Satar Sah Bergelar Suami Shadila Halid, info, terkini,hiburan, sensasi, alif aziz, Shadila Halid

Ini kerana 15 September merupakan ulang tahun kelahiran Alif dan mungkin disebabkan itu penyanyi Jangan Nakal ini memilih tarikh tersebut agar mudah untuk diingati hari ulang tahun perkahwinannya.

Majlis pernikahan itu diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, KL pada jam 11.40 pagi tadi.

Penyanyi Alif Satar Sah Bergelar Suami Shadila Halid, info, terkini,hiburan, sensasi, alif aziz, Shadila Halid

Menurut sumber, Alif menyerahkan mas kahwin RM80, wang hantaran RM19,000 berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Majlis resepsi kedua-dua pihak akan diadakan pada 20 September ini.


Penyanyi Alif Satar Sah Bergelar Suami Shadila Halid, info, terkini,hiburan, sensasi, alif aziz, Shadila Halid

Antara rakan artis yang hadir pada majlis pernikahan Alif adalah Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Isteri Alif merupakan staff Datuk Siti Nurhaliza menerusi syarikatnya, SimplySiti

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Penyanyi Alif Satar Sah Bergelar Suami Shadila Halid"

Post a Comment