Rumahtangga Pelakon Sabrina Ali Dalam Masalah?

Sabrina Ali Enggan Cerita Tentang Masalah Rumahtangga | Pelakon Sabrina Ali kini boleh dilihat semakin kurang aktif dalam bidang seni. Apa yang berlaku pada beliau?


Rumahtangga Pelakon Sabrina Ali Dalam Masalah?, info, terkini, hiburan, gosip, isu rumahtangga artis,


Mungkin ketika itu sedang fokus dan tumpuan pelakon manis ini ditujukan kepada suami dan anak-anaknya.

Namun, sejak akhir tahun lalu wajahnya kembali menghiasi kaca televisyen tempatan kerana isu tentang rumahtangganya yang khabarnya sedang bergolak.
Entah benar atau tidak khabar tersebut tetapi daripada cara Sabrina menjawab soalan media, kita sudah dapat meneka masalah yang dihadapi Sabrina.

Mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan, Sabrina enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Tidak banyak yang boleh saya kongsi kerana ia terlalu peribadi. Banyak hati yang perlu dijaga, tersilap kata, pasti ada yang terguris.

“Saya pun tak tahu di mana kedudukan saya. Sukar untuk jelaskan. Cuma sekarang saya tidak harapkan apa-apa lagi. Andai jodoh kami panjang, semua akan kembali okay dan jika tertulis sebaliknya, saya reda,” katanya.

Kami doakan semoga Sabrina tabah menghadapi dugaan yang menimpa dan berharap agar masalahnya akan diselesaikan dengan cara elok.

Baca : Wajah Sebenar Kekasih hati Siti Saleha

Sumber : myartis.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Rumahtangga Pelakon Sabrina Ali Dalam Masalah?"

Post a Comment