Tahun 2014 nampaknya adalah tahun untuk para selebriti Malaysia mendirikan rumah tangga. Antara yang telah selamat bergelar suami atau isteri ialah Almy Nadia, Fizz Fairuz, Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Aril AF dan ramai lagi. Sesungguhnya berkahwin itu adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Walaupun begitu, pasti ramai yang menunggu hari bahagia 10 selebriti wanita yang masih belum bertemu jodoh ini.
1. Nur Fazura
1. Nur Fazura
Ketika rakan seangkatan dengannya seperti Lisa Surihani dan Scha Al Yahya bahagia di samping suami masing-masing, Nur Fazura masih lagi berseorangan sehingga ke hari ini. Walaupun ada desas-desus mempunyai teman rapat dari Amerika Syarikat satu ketika dahulu, sehingga ke hari ini Fazura masih tidak memaklumkan khabar gembira mengenai tarikh hari bahagianya kepada para peminat. Untuk makluman, tahun ini Fazura telah pun berusia 31 tahun. Molek benar untuk memikirkan tentang rumah tangga. Tak gitu?
2. Neelofa
2. Neelofa
Pernah bercinta dengan Hans Isaac namun kecundang di tengah jalan, baru-baru ini Neelofa dikatakan akan menamatkan zaman gadisnya dengan kerabat diraja Kelantan. Namun begitu desas-desus tersebut telah mula reda sejak kebelakangan ini. Pastinya banyak pihak yang ternanti-nanti kebenaran desas-desus tersebut. Tak sabar nak melihat Neelofa di atas pelamin untuk mengetahui jejaka manakah yang berjaya mencuri hati si jelita ini. Sama-sama kita nantikan.
3. Yuna
3. Yuna
Tidak diketahui pula sama ada hubungan Yuna dan Julian Schratter yang hangat diperkatakan satu ketika dahulu masih ada ataupun sudah tamat. Namun kesibukan mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat sedikit sebanyak pastinya membantutkan perancangan Yuna untuk bergelar isteri. Sudah pun mencecah usia 28 pada tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk penyanyi hebat ini memikirkan mengenai masa depan sebagai seorang isteri. Hehehe.
4. Shila Amzah
4. Shila Amzah
Siapa yang tidak mengetahui kisah percintaan Shila Amzah yang penuh dengan keperitan. Pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan gagal di tengah jalan, Shila juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Johan As’ari. Kini Shila sedang sibuk mengembangkan karier di China. Pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu jua dengan si jejaka yang mampu merawat hati lukanya itu. Amboi.
5. Nora Danish
5. Nora Danish
Walaupun sudah mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya terdahulu, para peminat sebenarnya tidak sabar untuk melihat Nora Danish naik ke pelamin sekali lagi dengan kekasihnya, Nedim. Walaupun begitu, buat masa ini Nora dikatakan tidak memikirkan lagi mengenai perkahwinan. Mungkin masih belum tiba masanya. Nanti kalau dah bersedia, tolong jangan rahsiakan ye.
6. Fara Fauzana
6. Fara Fauzana
Pengacara terkenal yang baru sahaja berhijab baru-baru ini adalah antara yang ‘berusia’ di dalam senarai ini. Sehingga ke hari ini agak jarang untuk kita mendengar gosip mengenai teman lelaki dalam hidup Fara Fauzana (pernah dikaitkan dengan pemain bola Hai-O). Mungkin Fara lebih gemar merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan umum. Namun yang pasti, ramai yang tidak sabar untuk melihat Fafau menjadi raja sehari. Sama-samalah kita tunggu.
7. Emma Maembong
7. Emma Maembong
Sudah pun mempunyai calon suami (siapa lagi kalau bukan Zizan), para peminat kedua-dua artis ini sebenarnya sudah tidak sabar dan seringkali membuat tekaan sendiri mengenai hari perkahwinan Emma Maembong dan Zizan. Ada desas-desus menyatakan Januari ini tetapi sudah dinafikan oleh Zizan sendiri. Walaupun masih muda (19 tahun), rasanya Emma sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tak sabar nak tengok Emma dan Zizan bersanding.
8. Nelydia Senrose
8. Nelydia Senrose
Percintaannya dengan Qi sudah pun diketahui oleh semua pihak. Seperti Emma Maembong dan Zizan, Nelydia dan Qi juga mempunyai perbezaan umur yang agak besar. Namun ia pasti tidak menghalang mereka berdua untuk bergelar suami isteri satu masa kelak. Bilakah masanya? Hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Kita sebagai peminat hanya boleh sabar menanti.
9. Yana Samsudin
9. Yana Samsudin
Seringkali dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari, Yana dikatakan sedang menunggu lamaran daripada si jejaka tersebut. Telah pun berusia 29 tahun, Yana berada di usia yang sangat cantik untuk bergelar isteri orang. Kalau Fadzil tak nak, rasanya ramai lagi di luar sana yang mendambakan cinta Yana. Tak gitu?
10. Siti Saleha
10. Siti Saleha
Sudah pun mempunyai kekasih hati yang bukan berstatus warganegara Malaysia, pelakon yang semakin popular ini dilihat tidak menyorok status dirinya setiap kali ditanya oleh para media. Walaupun begitu, bercinta dengan ‘orang asing’ ini sedikit sebanyak pasti melambatkan masa perkahwinan. Biasalah orang luar memang lambat sikit nak kahwin. Namun umur Siti Saleha masih muda dan tidak perlu terburu-buru untuk menamatkan zaman gadisnya. Lelaki tempatan atau antarabangsa, yang penting adalah kebahagiaan. Tak gitu?
UPDATE: Setelah mendapat maklumbalas daripada anda, ini beberapa lagi selebriti wanita yang ditunggu perkahwinannya:-
11. Heliza Helmi
UPDATE: Setelah mendapat maklumbalas daripada anda, ini beberapa lagi selebriti wanita yang ditunggu perkahwinannya:-
11. Heliza Helmi
Pernah difitnah mengorat suami orang, si comel Heliza Helmi sehingga ke hari ini masih solo lagi. Usia Heliza sudah pun menjangkau 28 tahun. Pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Hafiz Hamidun namun telah menafikan desas-desus tersebut. Tak sabar mahu melihat kelibat jejaka yang akan berjaya mencuri hati bekas pelajar Akademi Fantasia ini. Sama-samalah kita nantikan.
12. Hanez Suraya
12. Hanez Suraya
Di dalam senarai ini, Hanez Suraya mempunyai peluang yang paling tinggi untuk bergelar seorang isteri dalam masa terdekat ini. Kontroversi Hanez dan isteri kepada kekasihnya, Romie ternyata tidak merobohkan benteng percintaan mereka berdua. Malah Hanez mengakui yang cintanya terhadap Romie semakin utuh. Namun Hanez memaklumkan yang dia mahukan kekasihnya itu menyelesaikan segala isu dengan isteri sekarang sebelum berkahwin. Hmmmmm.
13. Intan Ladyana
13. Intan Ladyana
Perkahwinan yang diharapkan dengan Kamal Adli akhirnya tidak menjadi kenyataan buat artis jelita ini. Intan Ladyana kini ‘single’ dan masih mencari si jejaka untuk menjadi suaminya. Mempunyai pakej yang lengkap, tahun ini pelakon jelita ini sudah pun berusia 32 tahun. Hmmmm. Memang sesuai sangat untuk bergelar seorang isteri dan memulakan keluarga sendiri. Persoalannya siapakah lelaki yang bertuah itu?
14. Tasha Shilla
14. Tasha Shilla
Pernah dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan yang kononnya menaja hidupnya, kini Tasha Shilla bahagia di samping kekasihnya yang berbangsa Cina. Sudah pun membuat perancangan untuk perkahwinan, para peminat diminta bersabar untuk menunggu pengumuman tarikh perkahwinan Tasha Shila. Pastinya Tasha Shila akan kelihatan meletop di hari bahagianya lebih-lebih lagi jika membuat resepsi ala-ala bangsa Cina. Klasik sangat!!!
15. Anzalna Nasir
15. Anzalna Nasir
Sekiranya anda ada niat untuk mengorat Anzalna Nasir, lupakanlah sahaja hasrat anda itu. Setia dengan kekasihnya yang bernama Hanif Zaki sejak dahulu lagi, Abang Nara berharap agar mereka berdua tidak terlalu lama bercinta. Kalau boleh segerakanlah perkahwinan jika sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Takut lama-lama nanti banyak halangan dan terjadi perkara yang tak diingini seperti perpisahan. Tak gitu?
Apa kata anda? Siapakah selebriti yang paling anda tunggu hari perkahwinannya? Kongsikan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca yang lain.
Sumber : beautifulnara.com
Apa kata anda? Siapakah selebriti yang paling anda tunggu hari perkahwinannya? Kongsikan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca yang lain.
Sumber : beautifulnara.com
0 Response to "Selebriti Wanita Yang Paling Dinanti Perkahwinannya"
Post a Comment