Gara-gara nak melawak tetapi keterlaluan seorang pengguna Facebook teruk ‘dibahan’ di laman-laman sosial.
Semuanya disebabkan status dimuat naik pemilik FB menggunakan nama Ehh Raa LakaLaka IV ke page FB Kaki Sporting kononnya dia yang baru pulang dari misi kemanusiaan di Gaza pergi ke Sabah untuk memberi bantuan kepada penduduk.
Namun karangannya mula berbaur riak, lucah dan menghina penduduk sana apabila masuk bab pemberian RM8k, jumpa orang asli dan berjimak.
Walaupun ada menganggap penulisnya cuma mahu melawak dengan menulis karangan fiksyen namun ia tetap dianggap melampaui batas buat ramai yang lain.
Apatah lagi ini bukan status pertama dibuat Ehh Raa LakaLaka IV ini yang dihentam pelayar media siber.
Sebelum ini dia pernah memuat naik status menghina penumpang kapal terbang Air Asia dan MAS sebagai orang miskin dan mempermainkan soal ‘nur’ di wajah apabila berbuat amalan kebajikan.
Bagi kami nak berlawak tak salah tapi kalau anda kaki lawak lucah tak payahlah nak selit sekali isu Gaza yang terlalu besar buat umat Islam seluruh dunia dalam lawak murahan anda!
Sumber : mynewshub.cc
0 Response to "Status FB 'Rara Ada Nur' Dibantai Di Laman Sosial Sebab Lawak Melampau "
Post a Comment