Tiga Maut Kereta Langgar Tiang Elektrik Di Putrajaya | Tiga remaja lelaki maut dan seorang lagi cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Selatan, di sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, kereta itu terputus dua dan ketiga-tiga remaja itu, dua daripadanya berumur 18 tahun dan seorang lagi 17 tahun, mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata remaja yang cedera parah berumur 21 tahun dan digegaskan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.
Katanya sebuah jentera dengan tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan kesemua remaja itu yang tersepit dalam kenderaan.
Beliau berkata kereta itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas sebelum susur ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Persiaran Selatan. – BERNAMA
0 Response to "Tiga Maut Kereta Langgar Tiang Elektrik Di Putrajaya"
Post a Comment