Menarik Di RnR Temerloh

apa yang menarik di RnR Temerloh harini?
tiada konsert mahupun karnival,
harini RnR Temerloh menjadi destinasi Pakcik Abdul Majid untuk berehat.

Siapa Pakcik Abdul Majid?
  •  Nama : Abdul Majid Abdul hamid
  •  Umur: 57 tahun
  •  Perkerjaan : Pak Guard
  •  Asal : Alor Star tetapi menetap di Kuantan selama 40 tahun 

harini Pakcik Abdul Majid meneruskan perjalanan dari Maran ke Temerloh,
harini adalah hari ke-3 misi Pakcik Abdul Majid menunaikan nazar,
dan harini beliau akan bermalam di RnR Temerloh.
pihak LPT tidak membnarkan sebarang aktiviti pada waktu malam.

Semalam memang ramai rakan-rakan dari Kuantan kejar beliau,
dan semalam juga ada beberapa sumbangan telah diberikan,
antaranya selipar (Crocs) dan wang ringgit.
Staff dari PASDEC,Pejabat Tanah Dan Galian juga turut sama membantu.

dikatakan kaki beliau agak melecet semalam,
mujur semalam ada individu perihatin memberi selipar baru kepada beliau,
malam itu juga ada individu memberi ubat untuk kaki beliau,
harini beliau meneruskan perjalanan walaupun kaki masih belum sembuh.
boleh rujuk gambar beliau memakai stokin harini dan selipar baru warna biru.

jum kita tengok apa yang menarik semalam dan harini,

pakcik abdul majid
Staff pasdec,Pejabat Tanah Dan Galian,warga kuantan yang membantu  |  sumber  : Kuantan Page

pakcik abdul majid
Bermalam di RnR Maran | sumber  : Kuantan Page
pakcik abdul majid
Selipa Croc tu hasil sumbangan individu perihatin  | sumber : Kuantan Page

pakcik abdul majid
berhenti dan memberi support dan minuman  | sumber  : Kuantan Page


pakcik abdul majid
dapat roti dari van roti lagi  | sumber  : Kuantan Page
pakcik abdul majid
Sampai Di Temerloh sekitar Jam 4 petang tadi  | sumber : Kuantan Page

alhamdulillah..
Pakcik Abdul Majid sudah pun sampai di RnR Temerloh sekitar jam 4 petang tadi,
beliau akan berehat dan bermalam disana untuk harini,

tahniah pakcik Majid.

0 Response to "Menarik Di RnR Temerloh"

Post a Comment