Review Shark Minggu Ke-3 MLM2013

malam tadi selesai sudah minggu ke-3 Maharaja Lawak Mega 2013,
raja-raja lawak diberi tugasan cinta untuk persembahan mereka.
tiada rezeki buat Tulang dan Osama kerana mereka disingkirkan pada minggu ke-3.
bukan keputusan yang mengejutkan bagi shark malam tadi,
memang sudah dapat diduga mereka bakal tersingkir awal,

maharaja lawak mega 2013 minggu 3
Osama Dan Tulang terkeluar minggu ke-3 MLM2013  |  sumber : Page MLM

Minggu ke-3 agak mengecewakan kali ini,
kumpulan favourite ramai sepahtu,jambu,boboy,nabil rasanya semuanya biasa-biasa sahaja,
minggu ke-3 shark rasa kumpulan Wala dan Comey adalah yang terbaek.

maharaja lawak mega 2013 minggu 3
Wala Dan Comey terbaik di Minggu ke-3 MLM2013  |  sumber : Page MLM

Malam tadi kesemua persembahan secara umum agak kurang menarik,
mungkin masing-masing dah ketandusan idea,
tiada langsung kumpulan yang betul-betul bawakan tema cinta,

tapi yang pasti seorang sahaja yang shark rasa setiap minggu dia adalah terbaik,
pengacara MLM,Dato Ac Mizal,
memang tak kering gusi layan Ac nie,
setiap kali dia keluar jalan cerita para peserta bertambah gamat,
memang tak tahan ler kalu tengok dia menari,
tak abis-abis dengan tarian Penguin dia tue.
hahahaha.

kita tunggu sahaja apa jadi pada minggu depan.




0 Response to "Review Shark Minggu Ke-3 MLM2013"

Post a Comment