bermula malam tadi shark hujan tak berhenti sehingga pagi ini,
hari ini masuk hari ke-2 hujan di Kuantan,
kalau berterusan sehingga petang ni memang naik air ler jawabnya,
alhamdulillah kawasan rumah shark bukan kawasan banjir,
begitu juga dengan tempat kerja,
jadi tiada alasan ler nak ponteng kerja,
Pagi ni sudah ada beberapa kawasan yang sudah dinaiki air.
Bandar Sungai Lembing antaranya yang akan banjir dahulu,
juga menjadi pengukur banjir di Kuantan,
Kalau teruk di Sugai Lembing maka teruk juga ler di tempat lain.
shark kongsikan sedikit keadaan cuaca di Kuantan dari semalam.
Bandar Sungai Lembing sekita jam 10 pagi ini ( 2nov) | sumber : Page Kuantan |
Angin Kuat serta Hujan semalam di Bandar Kuantan | sumber : Page Kuantan |
0 Response to "Musim Banjir Bermula"
Post a Comment