Gelombang Ke-2 Banjir Di Kuantan?

seperti yang dinyatakan dalam berita malam tadi,
Kuantan akan dilanda banjir kali ke-2 minggu ini.
Hujan peringkat Kuning akan melanda Terengganu,Pahang Dan Johor,
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka pada 18/12 - 20/12/2013.
begitulah ramalan kaji cuaca setakat hari ini.


gelombang kedua banjir di kuantan
Ramalan Kaji Cuaca  dikeluarkan pada 15/12/2013
Cuaca di sekitar Bandar Kuantan hari ini agak mendung,
diharapakan hujan kali ini tidak seteruk sebelum ini,

kerja-kerja membersih rumah mangsa banjir masih lagi belum habis,
kerja-kerja membuang sampah akibat kemusnahan banjir masih belum habis,
bantuan kepada mangsa banjir masih lagi diteruskan.

banjir di kuantan
Pusat Pasar Malam dijadikan pusat pembuangan sampah sementera  | sumber : Page Kuantan

banjir di kuantan
Operasi pembersihan | sumber : Page Kuantan

kalau nak ikutkan seperti tahun-tahun lepas,
kalau nak ikutkan kepercayaan orang cina,
selagi belum tiba Tahun Baru Cina,
selagi itu ler musim tengkujuh belum habis,
mungkin betul mungkin tidak,
yang pasti masing-masing sudah bersedia untuk menghadapinya,

doakan semoga semuanya terkawal dan selamat.


0 Response to "Gelombang Ke-2 Banjir Di Kuantan?"

Post a Comment