Awan yang Menakutkan Di Kuantan Semalam

Petang semalam hujan agak lebat di sekitar Kuantan,
ramai jugak yang panik,
ramai jugak yang risau,
Tragedi Kuantan lumpuh masih menjadi mimpi ngeri.
keadaan huru-hara di Kuantan tidak ingin berulang
banjir buruk sebelum ini mahu dielakkan..

tapi alhamdulillah hujan lebat semalam hanya sementara.
kemungkinan petang ini akan hujan jugak.
itupun kalu merujuk kepada ramalan kaji cuaca semalam

petang semalam menyaksikan langit kuantan gelap,
keadaan awan menakutkan ramai penduduk semalam,
masing-masing masih lagi fobia banjir,

shark kongsikan keadaan awan di sekitar Kuantan semalam,
semuanya dari rakan-rakan FB.

awan menakutkan di kuantan
nampak ngeri pula awan ni   | sumber : Mahayuddin

awan menakutkan di kuantan
awan yang membawa hujan | sumber : Kuantan Page


awan menakutkan di kuantan
dari pantai Kempadang | sumber : life@kuantan

awan menakutkan di kuantan
sudah hujan di sebelah sana  | sumber : Ali Shamsul bahar

awan menakutkan di kuantan
awan hitam mula bergerak  |  sumber : Ali Shamsul bahar

mungkin bagi sesetengah orang nampak biasa,
tetapi tidak pada mangsa banjir,
tidak pada orang Kuantan.
keadaan rumah sekarang masih belum pulih sepenuhnya,
masing-masing tak mahu membersih sekali lagi,
perit dan penat.

cuaca setakat pagi ini di Kuantan masih lagi cerah,
jauh beza dengan petang  semalam,
harapan agar cuaca terus cerah hingga petang nanti.
amin.
cuaca setakat tengahari ini di Kuantan | sumber :  Kuantan Page

0 Response to "Awan yang Menakutkan Di Kuantan Semalam"

Post a Comment