Shark Respek Tengku Puan Pahang

alhamdulillah,
keadaan banjir di daerah Kuantan boleh dikatakan sudah pun reda,
tapi cuaca di Kuantan masih lagi mendung,
diselang seli dengan hujan.
mungkin ini adalah saki baki hujan monsun.

sepanjang kejadian banjir di Kuantan  kelibat sesorang pasti menarik perhatian,
dengan hanya berpakaian biasa,rajin dan peramah memang tidak sangka beliau kerabat Diraja.
beliau tidak lain tidak bukan KDYTM Tengku Puan Pahang.
boleh dikatakan Tengku Puan Pahang ada setiap hari di setiap pusat banjir,
sanggup meredah air untuk ke pusat banjir,
naik lori untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.
kata Baginda "tiada istilah keluarga Diaraja untuk membantu mangsa banjir" - sumber : Sinar Harian

ini bukan kali pertama buat Tengku Puan Pahang.
sememangnya rakyat Pahang sudah mengetahui budi perkerti Tengku Puan Pahang,
Baginda memang aktif dalam kebajikan masyarakat.

dan yang paling best sekali air tangan Tengku Puan Pahang,
Baginda akan masak di setiap pusat banjir di Kuantan,
memang terbaik,
Tengku Puan Pahang ni memang gemar memasak.
dan kalau tak silap shark baginda pernah keluarkan buku masakan dulu.
boleh google nanti.

Tengku Puan Pahang jugak ada twitter.
rajin juga Baginda update.
boleh follow Tengku Puan Pahang di twitter dengan nickname cheminahsayang
x lupa juga instagram.
boleh follow baginda di instagram/tengkupuanpahang

malas nak cerita panjang-panjang,
layan sahaja gambar yang diambil oleh rakan-rakan Facebook.

Tengku Puan Pahang
air tangan Tengku Puan Pahang memang terbaik
Tengku Puan Pahang
Santai  tengku Puan Pahang ni
Tengku Puan Pahang
memang tak perasan ini Tengku Puan Pahang
tengku puan pahang
Naik lori untuk bantu mengagihkan barang di Pekan.
tengku puan pahang
Bila Tengku Puan Pahang marah..tegas tau.
tengku puan pahang
orang di sekeliling memang tak perasan Tengku Puan Pahang duduk camni.
tengku puan pahang
senyuman pengubat duka buat mangsa banjir

tengku puan pahang
masak lagi Tengku Puan Pahang nie.





0 Response to "Shark Respek Tengku Puan Pahang"

Post a Comment