Langit Biru kelihatan hari ke-4 semalam di Kuantan | sumber : Page Kuantan |
masih lagi bercerita pasal banjir,
semalam adalah hari ke-4 banjir,
alhamdulillah cuaca di Kuantan semalam cerah.
beberapa kawasan sudah pun pulih,
beberapa kawasan juga masih ditenggelami air,
Suasana di bandar Kuantan pulih sepenuhnya.
semua bekalan eletrik dan air sudah disambung,
Berlainan pula cuaca hari ini di Kuantan,
bermula malam tadi hujan mula turun,
Kali ni Hujan sekejap-sekejap,
kadang-kadang lebat,
keadaan berterusan sehingga pagi ini,
Keadaan Mendung dan hujan pagi ini di Kuantan | sumber : Page Kuantan |
ramai yang percaya bahawa akan ada gelombang kedua nanti,
makin buruk atau tidak itu sudah ketentuan Ilahi,
tapi ramai yang sudah ambil langkah berjaga-jaga,
semalam shark dan keluarga sudah membeli barang keperluan harian,
begitu ramai orang di pasaraya semalam,
mungkin masing-masing sudah bersedia untuk hadapi gelombang kedua nanti.
telur,sardin,beras,mi segera memang laris semalam.
rumah shark setakat ni alhamdulillah selamat dari dinaiki air,
cuma jalan yang menghubungkan ke bandar mudah dinaiki air,
kadang-kadang boleh terputus hubungan juga kalau air naik.
itu sahaja intro harini,
mungkin petang shark akan kongsikan gambar-gambar banjir pula.
harap cuaca tidak seterum mana hari ini.
amin.
0 Response to "Cerita banjir hari ke-4 dan ke-5 di Kuantan"
Post a Comment