Awas Cakar Dan Gigitan Kucing

tertarik dengan keratan akhbar Metro Ahad baru-baru ni.
MyMetro -Masuk Wad Dicakar Kucing
Alor Setar: Seorang suri rumah kini menanggung derita sakit dan dijangkiti kuman, malah terpaksa dirawat di hospital, gara-gara digigit dan dicakar pada pergelangan tangan dan lengan kanan oleh seekor kucing jantan baka Siam peliharaannya yang ‘naik minyak’, Isnin lalu.
masuk wad dicakar kucing
Mangsa dirawat gara-gara dicakar kucing peliharaan  sendiri | sumber: Harian Metro

kalau tngok pada gambar memang gerun jugak,
sampai begitu sekali kucing bila naik minyak ni,
kenapa begitu teruk yer luka dari cakar kucing tu?
bila diselidik baru tahu punca sebenar.

shark kongsikan pendapat rakan FB mengenai kes ini.

cakar kucing
kalau kucing bergaduh - memang bahaya | sumber : FB Dunia Kucing
kena cakar kucing
mangsa mengalami kencing manis - luka merebak | sumber : FB Dunia Kucing


dinasihatkan bahawa 
  • jangan sesekali pegang kucing bila kucing bergaduh,
  • elakkan untuk menangkap atau pegang ekor kucing,
  • jangan serkup kucing bergaduh dengan bakul mahupun kotak.
itu akan membuatkan kucing bertambah marah.
kucing kalau dah naik minyak memang lain macam.

siramkan dengan air untuk meleraikan kucing bergaduh,
insyaallah mereka akan lari,
tips ni dikatakan amat berkesan dan tidak membahayakan.

jika anda digigit atau dicakar kucing jangan ambil sambil lewa,
seeloknya segera letak ubat dan berjumpa doktor,
jangan sangka kucing anda itu bersih,
waspada kepada mereka yang berpenyakit kencing manis,
luka cakar kucing mampu merebak.

diharapkan tiada lagi kejadian begini terjadi,
dengar khabar ada juga yang kecam kucing bila berita ni disiarkan,
itu pendapat masing-masing,
yang pasti kena tahu punca dan mengapa kejadian ini berlaku.

#prayformh370
#doauntukmh370

0 Response to "Awas Cakar Dan Gigitan Kucing"

Post a Comment