EL Nino Semakin Hampir

sedar tak sedar kita sudah sampai ke pertengahan bulan May,
pejam celik kita semakin hampir ke pertengahan tahun 2014,
dan khabarnya pada bulan Jun kita akan mengalami musim EL Nino,
tapi itu adalah ramalan pakar kaji cuaca,
Utusan Online : EL Nino Dijangka Melanda Asia Pertengahan Tahun
sebagai penduduk Malaysia apa pula tindakan kita ?

kesan el nino malaysia tahun 1998
Kesan Kemarau Di Kedah 1998 | sumber : Utusan Online 1998
  • sudahkah kita membeli bekalan air minuman yang cukup?
  • sudahkan kita bersedia untuk menghadapi cuaca yang panas terik?
  • mampukan anak-anak kecil bertahan dalam suasana kering nanti?
  • masih ada lagikah kebakaran hutan dan jerebu?
semua akan terjawab bila EL Nino terjadi,
sebelum ia terjadi kita hanya pejam mata.
sifat semulajadi manusia :)

fenomena EL Nino
Fenomena El Nino | sumber : Hmetro
sebelum ia terjadi alangkah baik kita membuat persiapan,
sediakan payung sebelum hujan.
mungkin kita boleh ambil tindakan awal seperti
  • membeli stok air mineral/air minuman dalam kuantiti banyak ( beli semasa EL Nino mungkin harga melonjak naik )
  • membeli stok makanan mentah lebih awal
  • memasang penghawa dingin , membeli penghawa dingin mudah alih
  • bersedia untuk mengurangkan / menjimatkan penggunaan air seharian
  • kurangkan aktiviti luar terutama kanak-kanak
  • beli topeng penutup mulut untuk keadaan jerebu nanti.
diharapakan EL Nino kali ini tidak seteruk yang disangka,
tambahan pula jatuh pada bulan Ramadhan,
jadi memang besar ler dugaan nanti.

EL Nino bukan sekejap,
makan masa selama 6 bulan,
orang selangor harus berhati-hati jika berlaku,
sebelum ini air empangan hampir kering,
inikan pula musim panas yang berpanjangan
sama- sama berdoa agar semuanya baik-baik sahaja nanti.

#prayformh370
#doauntukmh370

0 Response to "EL Nino Semakin Hampir"

Post a Comment