PETALING JAYA – Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Fadhlan HelangPutih mendakwa telah merakam kelibat seekor buaya di Sungai Klang pada Ahad lalu.
Pendedahan itu dibuat selepas individu tersebut mendakwa berjaya merakam kelibat buaya semasa berhenti di laluan motosikal Lebuhraya Shah Alam (Kesas) semasa dalam perjalanan dari Klang ke USJ.
Post by IluvmyKucing.
Dalam entrinya, Fadhlan HelangPutih mendakwa, rakaman itu dibuat pada pukul 2.50 petang (14.50) dengan disaksikan oleh empat penunggag motosikal lain.
“Pernah drgr (dengar) org kata sg.klang ada buaya tapi aku tak caye (percaya)…. Erm… Skrg sendiri yg lihat….. Uh!!!!! Benar rupanya……
“Pernah drgr (dengar) org kata sg.klang ada buaya tapi aku tak caye (percaya)…. Erm… Skrg sendiri yg lihat….. Uh!!!!! Benar rupanya……
“Kebetulan naik moto (tunggang motosikal) dari klg (Klang) nk ke usj… Namapak (nampak) penungang lain jegok2 bawah tu… Try ar jegok nampak ekor binatang berenang2 masuk bawah jembatan tapi ekor tu aku yakin buaya…
“Jd ambik fon.. G (pergi) ke sebelah jembatan… Yes!! Dapat rakam…. Erm… Hope korg sebarkan video ni kerna jgn pula ada anak2 atau sesiapa yg sangkan,” jelasnya dalam entri tersebut.
Entri lelaki yang tinggal di Klang itu kemudian mendapat sebanyak 2,225 kongsi (share) dan tujuh komen daripada rakan-rakanya sehingga pukul 10.30 pagi Khamis. – SuaraTV
0 Response to "Lelaki Rakam Kelibat Buaya Di Sungai Klang"
Post a Comment