Spa Kecantikan Muka Guna Tahi Burung



















NEW YORK - Sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa mewah di sini menawarkan khidmat rawatan kecantikan muka menggunakan najis burung pada harga AS$180 (RM586).

Pemilik spa Shizuka New York itu, Shizuka Bernstein berkata, pusat kecantikannya menawarkan khidmat rawatan tradisional Jepun dengan menggunakan najis burung bulbul bersama dedak beras yang diimport khas.

Setiap bulan seramai 100 wanita dan lelaki datang ke salon kecantikan kulit Shizuka New York itu untuk mendapatkan rawatan. Salon itu terletak berdekatan Fifth Avenue Manhattan.

"Kesemua pelanggan datang ke situ untuk mendapatkan rawatan sebagai cara untuk memastikan kulit muka menjadi lembut dan licin," katanya yang telah menawarkan rawatan itu sejak lima tahun lalu.

Tambahnya, sejenis enzim di dalam tahi burung itu juga dipercayai mampu melakukan proses pengelupasan secara perlahan-lahan bagi mencantikkan kulit muka.

Ujarnya lagi, najis burung bulbul sahaja digunakan di spanya kerana spesies burung tersebut hanya memakan bijirin yang menghasilkan enzim semula jadi sebagai bahan aktifnya.

"Kami tidak gunakan najis burung di Central Park untuk rawatan kecantikan muka kerana burung di sana memakan sampah," katanya. - AP



                                                                   SUMBER-DAIRISHARE

Related Posts :

  • Uniknyer iftar Di KuantanApa yg specel iftar di kuantan?tiap2 tahun tempat ni masuk slot Buletin Utama TV3..bukan restoran mahupun kedai..tp di padang bola :)menjadi… Read More...
  • Berdoa Dalam Lagubagus jugak Hot.FM ni siar lagu2 ketuhanan time sahur.. smalam dngar ada satu lagu yg mnarik phatian shark..pueh mencari akhirnyer ketemu di… Read More...
  • Bapak Borek Anak Rintikini bukan kisah keluarga...ini kisah keluarga motor :)motor paling MOST WANTED di Malaysia..HOnda EX5..sekarang dah keluar model baru :) "Ho… Read More...
  • betul ker ni?Betul ke bohong?Shark kata betul..Sebab shark sendiri dah bertahun x hantar kad raya.Dah bertahun jugak x dapat.Yang dapat sms/mms bertimbum… Read More...
  • oh~cik Nadia rockrasanyer br last week shark dpt follower yg supportive...oh~cik aidammg bertuah kalau blogger cik aida dalam snarai Follower :)dia rajin upd… Read More...

0 Response to "Spa Kecantikan Muka Guna Tahi Burung"

Post a Comment