Fara Fauzana Terkejut Dituduh Intim Dengan Hairuddin Omar

PETALING JAYA – Penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana menepis gosip yang mengaitkan dia kononnya bercinta dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar, 35, atau Hai-O.
Fara, 34, berkata, dia sendiri terkejut dengan gosip berkenaan kerana secara jujurnya dia tidak pernah mengenali pemain bola sepak tersebut secara peribadi.
“Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar,” jelasnya kepada mStar Online.
Fara ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Yakult di Sri Pentas di sini pada Rabu.
Selain Fara, penyanyi Atai turut dipilih untuk menjadi jurucakap produk berkenaan.
Dalam pada itu, Fara berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak cuba mengaitkannya dengan pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kerana ia adalah lumrah kehidupan bagi seseorang selebriti.
Bagaimanapun Fara mengakui dia agak sedih apabila ada pihak yang menyebarkan cerita kononnya dia mengambil keputusan untuk berselendang disebabkan bintang sukan itu.
“Saya mula memakai selendang bukan kerana sesiapa tetapi atas kehendak diri sendiri.
“Gosip mengatakan saya berbuat demikian kerana orang lain yang saya sendiri tidak kenal memang membuatkan saya sedih,” jelasnya.
Sementara itu, Fara berkata, dia tidak terlalu terganggu apabila peminat mengkritik keputusannya mengenakan tudung dengan cara berselendang terlebih dahulu.
Fara berkata, dia tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain mengenai hal itu kerana dia lebih mengetahui niat sebenar untuk berbuat demikian.
“Saya seorang yang ‘hati kering’ dan tidak begitu peduli apa juga kritikan yang dilemparkan kepada saya.
“Paling penting saya tahu niat sebenar saya dan berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik tentang saya,” pintanya.
Bagaimanapun kata Fara, itu bukan bererti dia seorang yang degil atau tidak boleh menerima kritikan sebaliknya dia turut mengambil kira semua pandangan untuk kebaikan dirinya.
“Saya selalunya akan baca apa juga pandangan sama ada positif atau pun negatif tentang saya di internet dan cuba memperbaiki diri untuk kebaikan,” ujarnya. - mStar Online
SUMBER ASAL-mStar Online

Related Posts :

  • Minions punya pasal.."beli hapy meal RM3 dpt minions "rasanyer ramai dh tau kot pasal minions nie..rujuk entry--> racun minionsshark sendiri mmg giler tgk dio… Read More...
  • oh~cik aidasapo cik aida nie?yg pasti bukan gugurl shark yer :)"rajin bebenor dia ngomen"cik aida ni follower shark yg baru..rajin benor dia komen smal… Read More...
  • Oh~neelofaada perasan x iklan LINE yg terbaru..shark mmg xleh tgk iklan tu..sbb awek dlm model tu kiut bangat..oh~neelofa :) mcm2 xpresi muka dia buat… Read More...
  • suka tengok gambar dari membaca?"tabiat kita"dh mmg tabiat kita suka bertanya kn..dh terpampang depan mata nk jugak disuap..bnyak kali jugak jumpa cmnie..tgk gambar jer tru… Read More...
  • Selepas Berbukatime kanak2 sampai remaja mmg mengaku ler shark tergolong dlm belah kiri tu.. skarang x lg :)rajin2 ler bersyukur selepas makan:) … Read More...

0 Response to "Fara Fauzana Terkejut Dituduh Intim Dengan Hairuddin Omar"

Post a Comment