GAMBAR: Askar Kita Makan Monyet Walau Tak Darurat?


Bagi rakyat biasa, sebilangan kita tentu pernah dengar bahawa antara latihan yang dijalani anggota tentera atau komando di negara ini adalah ikhtiar hidup dalam hutan termasuk memakan binatang yang mudah didapati sekitar mereka apabila darurat.
Antara binatang ini pula, sebenarnya haram dimakan jika dalam keadaan biasa.
Justeru apabila tersebar gambar di media sosial sekumpulan anggota tentera melapah dan memakan binatang seperti ini termasuk monyet yang kelihatan tergantung dengan ekornya, ia menimbulkan kontroversi dalam kalangan pembaca.
10366001_846592335369919_356382902333587828_n
Ada yang tidak setuju jika anggota tentera yang beragama Islam benar-benar memakan binatang haram jika ia sekadar latihan, tak kurang juga yang meminta supaya soal ini didiamkan kerana ia melibatkan latihan ketenteraan negara.
Bagaimanapun apabila gambar sebegini tersebar, sudah tentu untuk ia tidak dapat ditutup daripada menjadi perbincangan umum bukan?
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pun mempunyai unit agama di dalamnya, sekiranya perkara ini benar maka menjadi tanggung jawab mereka untuk membetulkannya.
Tapi jika ia tidak benar, maka pihak berkaitan harus hati-hati agar gambar yang boleh menimbulkan fitnah seperti ini tidak lagi tersebar apatah lagi apabila melibatkan latihan ketenteraan negara.
- MYNEWSHUB.MY
Sumber: Facebook Listen Listen Original

0 Response to "GAMBAR: Askar Kita Makan Monyet Walau Tak Darurat?"

Post a Comment