SHAH ALAM - Bayi lelaki berusia 6 bulan dipercayai dibunuh oleh seorang lelaki sebelum menyumbatnya dalam beg pakaian dan membuang beg berkenaan ke dalam gaung di KM3.2 Jalan Genting Highland, sabtu yang lalu.
Suspek yang berusia 40'an itu ditahan polis semalam selepas ibu mangsa yang juga warga asing membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kemuning apabila menyedari suspek melarikan anaknya.
Kejadian berlaku di asrama kediaman wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah bilamana suspek mendakwa bayi 6 bulan itu telah mati sebelum membungkus mayat bayi itu ke dalam plastik dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian.
Polis terus menahan suspek yang ketika itu sedang bersama dengan isterinya di sekitar Shah Alam sebelum suspek mengaku telah membuang mayat bayi malang itu di Genting Highland.
11 pagi tadi, polis berjaya menemui mayat bayi malang itu.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh - Harian Metro
SUMBER ASAL-Harian Metro
0 Response to "MAYAT BAYI 6 BULAN DICAMPAK KE DALAM GAUNG GENTING HIGHLAND"
Post a Comment