VIDEO: Apa Jadi Bila Coke Dimasak?


Umum mengetahui tentang kandungan gula yang tinggi dalam minuman berkarbonat namun ramai yang buat tidak peduli.

Tapi selepas menyaksikan kajian dibuat dan dikongsi di YouTube ini, anda mungkin berfikir dua kali tentang minuman soda yang anda gemari.
Dalam video di bawah, sebotol air Coca Cola direbus hingga bertukar menjadi wap dan akhirnya yang tinggal cuma gula yang melekit dan pekat seperti tar.

Berdasarkan kajian, 65 gram gula terdapat dalam sebotol Coca Cola 591ml manakala Pepsi lebih manis lagi iaitu mengandungi 69 gram gula dalam botol bersaiz sama.
Persatuan Jantung Amerika pula melaporkan, terdapat 180,000 kematian setahun disebabkan pengambilan gula dalam minuman ringan.
Jadi selepas ini setiap kali mahu minum soda, ingat-ingatlah video ini ya? - MYNEWSHUB.MY

0 Response to "VIDEO: Apa Jadi Bila Coke Dimasak? "

Post a Comment