VIDEO: Pejalan Kaki Lempar Batu Ke Arah Lamborghini

SUDAH menjadi kebiasaan bagi segelintir pemandu kereta mewah untuk memecut kenderaan mereka di atas jalan secara suka-suka.


Semakin kuat ‘ngauman’ kenderaan itu, semakin banggalah mereka apabila menjadi perhatian orang sekeliling.
Di California, seorang pejalan kaki punyai cara yang tersendiri untuk mengajar pemandu sebuah kereta Lamborghini yang sewenang-wenangnya memecut di kawasan kediaman, menerusi satu rakaman video.
“Keep racing, keep doing it (teruskan berlumba, terus lakukannya),” kata lelaki yang berada di tengah jalan itu itu apabila sahaja pemandu itu menghentikan keretanya.
Sebaik sahaja Lamborghini itu bergerak semula, dia kemudiannya melemparkan sebiji batu yang tepat mengenai kereta itu.
Tindakannya itu menyebabkan pemandu itu berhenti seketika, namun terus memecut apabila lelaki itu mengejarnya.

Fuh, memang berani! Jangan ingat kereta mahal, semua orang takut nak sentuh ya…

0 Response to "VIDEO: Pejalan Kaki Lempar Batu Ke Arah Lamborghini"

Post a Comment