Wanita terhempas depan mata

Cheras: “Saya sangkakan anak patung jatuh melayang dari tingkat atas bangunan. Namun, saya tergamam apabila seorang wanita jatuh terhempas mati betul-betul di hadapan saya,” kata saksi kejadian bunuh diri yang hanya mahu dikenali sebagai Haikal, 25.
Dalam kejadian jam 4.07 petang semalam, mangsa, Woo Kwan Ti, 26, dikatakan terjun dari tingkat tujuh Bangunan Pusat Komuniti, Bandar Tun Razak, di sini.Haikal yang ditemui berkata, dia sempat melihat kelibat objek jatuh dari atas kepalanya tanpa menyangka ia adalah manusia.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut apabila tubuh mangsa terhempas di kaki lima tingkat bawah bangunan itu tidak jauh dari lokasi dia berdiri.


WOO ditemui mati selepas terjun dari tingkat tujuh Bangunan Pusat Komuniti, semalam.


“Saya tergamam seketika, namun segera mendapatkan bantuan orang ramai. Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada organ dalaman,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Taman Mulia Bandar Tun Razak, Cheras.

Menurutnya, mangsa yang masih bujang itu pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri sebelum ini, namun gagal kerana sempat diselamatkan ahli keluarganya.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami masalah psikiatri sejak lima tahun lalu.

“Ibunya turut mengesahkan perkara itu dan mangsa sering mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke PPUKM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga mangsa. SUMBER
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04

Related Posts :

  • shark bukan GAY!!!"katakan TIDAK"arini nk sentuh isu berat sikit..tertarik dengan keratan akhbar utusan hari ini.Melayu Ramai Homoseksual?sumber : Utusan Onli… Read More...
  • memori 2011dh masuk 2012 dh pun..just nk remind balik apa yg berlaku 2011bnyak jugak yg menarik:)"Cuti-cuti bersama Family" "Sunway Lagoon + iCity"-tia… Read More...
  • MalasDay WednesDay~"klik untuk tumbesaran"kuah ayam pedas.blogspot… Read More...
  • dia punya hal?"Tentang Dhia - 5 Bintang?"huhrasanyer smalam ramai yg bertepek kt dpan tv maghrib2..hehehetermasuk ler shark skali..Tentang Dhia??huh..mmg … Read More...
  • kerja kosong yg pelikarini nk share sket pasai keje kosong..pergh..mcm2 keje kosong ada skangsumber : Hmetro onlineTawar Gaji RM6Ribu Tonton Aksi PelikKAJANG: Ga… Read More...

0 Response to "Wanita terhempas depan mata"

Post a Comment