Aidilfitri...Tunggu Aku Datang.

kad hari raya
Selamat hari raya

seminggu sahaja lagi Aidilfitri akan disambut,
kebiasaan minggu ni kanak-kanak ler yang paling gembira,
baju-baju baru semua sudah dibeli,
lagu-lagu raya semua dah hafal,
kemeriahan bertambah bila pulang ke kampung,
bertemu saudara-mara bermain bunga api,
hilang penat puasa sebulan.
itu kenangan zaman kanak-kanak.

bila dah besar perasaan mula berubah,
berdebar menunggu cuti raya yang entah diluluskan atau tidak,
runsing mengira bajet yang diperuntukkan untuk raya,
masa ni tengah sibuk membahagi duit raya yang harus diberikan,
pembahagian pula terbahagi beberapa peringkat,
  • ibu dan bapa
  • adik-beradik yang bersekolah
  • bayi kecil
  • kanak-kanak
  • UPSR dan keatas
kalau keluarga besar memang kena tulis nama pada sampul duit raya,
hehehe.
takut tertinggal nanti ada pula yang kecil hati.

kepada yang bujang terlajak tu  mahupun anak dara,
bersedialah untuk menjawab persoalan yang mungkin merimaskan,
kepada yang sudah berkahwin
bersedialah untuk masuk dapur bagi isteri
bersedialah menunjukkan skill yang ada buat suami

tak kisah ler bagaimana Aidilfitri disambut,
meriah dan sederhana tetap disambut,
Aidilfitri..tunggu aku datang,

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh17
#prayformh370


0 Response to "Aidilfitri...Tunggu Aku Datang."

Post a Comment