Malaysia Boleh Sukan Komanwel 2014

sukan komanwel 2014
Sukan Komanwel Glasgow 2014 | sumber : Hazel Watson

sukan komanwel 2014 mula membuka tirai pada hari ini,
atlet malaysia akang bertarung di Glasgow,Scotland selama 11 hari
bermula  23 Julai sehingga 03 Ogos 2014,
termasya sukan yang diadakan 4 tahun sekali ini adalah antara suka yang berprestij di dunia.
rujuk Wikipedia - Sukan Komanwel utuk maklumat lebih lanjut.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah untuk sukan komanwel ini,
siapa boleh lupa Komanwel 98,atau lebih dikenali SUKOM98,
waktu itu shark berusia 12 tahun,darjah 6.
masih ingat lagi ketika itu Stadium Nasional Bukit Jalil dibina khusus untuk SUKOM98,

sukan komanwel malaysia
Sukan Komanwel 98 Kuala Lumpur

untuk edisi sukan Komanwel Glasgow 2014 kali ini,
Malaysia mensasarkan 7 pingat emas,
ini bermakna lagu Negaraku akan bergema di stadium-stadium Glasgow,Scotland.
dan bendera Malaysia akan berkibar megah di Scotland.
Malaysia akan bertanding dalam 14 daripada 17 acara sukan yang dipertandingkan.

untuk mengikuti perkembangan atlet malaysia di sukan Komanwel Glasgow,
boleh dapatkan semua info dan acara pertandingan disini
untuk mengikuti secara langsung dan ulasan mengenai hari petandingan,
astro ada menyediakan 7 saluran sukan komanwel sepanjang temasya berlangsung,
dapatkan di saluran 841 sehingga saluran 847 ekslusif hanya di Astro.

buat atlet Malaysia,
shark harapkan agar sasaran pingat dapat dicapai,
sedang enak kita makan biskut raya,mereka menggalas tugas sebagai atlet,
semangat kesukanan dan tanggunggjawab seorang atlet harus dipikul,
Malaysia Boleh!

sukan komanwel glasgow 2014
Semangat Malaysia Boleh | sumber : blog Team Malaysia

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh17
#prayformh370

0 Response to "Malaysia Boleh Sukan Komanwel 2014"

Post a Comment