Model Baru Honda Jazz 2014

honda jazz baru 2014
Honda Jazz Baru 2014 | sumber : Paultan

semalam , 16 Julai 2014,
model baru Honda Jazz 2014 diperkenalkan,
ini adalah model generasi ketiga Honda Jazz semenjak 2001
dan dikatakan harga Honda jazz 2014 adalah harga mampu milik
sebagai seorang peminat kereta jenis hatchback,
shark ingin berkongsi mengenai model baru jazz 2014 ini,

pandang pertama rekabentuk jazz yang baru ni memang mengancam,
nampak lebih sporty dari model sebelum ini,
terdapat lima pilihan warna tapi satu yang shark rasa mengancam,
warna Brilliant Sporty Blue Metallic tampak lebih menarik.
sama seperti kereta Proton Hatchback Suprima.

honda jazz 2014
Honda Jazz 2014 "Brilliant Sporty Blue Metallic | sumber : Paultan

3 varian diperkenalkan untuk model jazz 2014,
dan harga pula berbeza mengikut varian spesifikasi enjin.
berikut adalah harga rasmi Honda jazz 2014 mengikut varian
Harga yang diberikan adalah diatas Jalan beserta insuran
  • Varian S - RM72,800
  • Varian E -RM79,800
  • Varian V - RM87,800 (spesifikasi tinggi)
kepada yang suka modifikasi kereta,
pihak honda turut menyediakan 2 pakej body kit untk jazz baru ini.
Modula Pakej dan Mugen Pakej.

Modulo Pakej mengenakan tambahan RM2,650,
harga merangkumi satu set body kit Modulo dan pedal sport

honda jazz modula
Honda jazz dengan Bodykit Pakej Modula | sumber : Paultan

Mugen Pakej dikenakan tambahan RM4,900
merangkumi satu set body kit Mugen ,tailgate spoiler,dan mugen badge.
bodykit Mugen memang digemari oleh peminat kereta,
oleh itu tidak hairan pakej ini agak tinggi harganya.

honda jazz mugen
Honda Jazz dengan Bodykit pakej Mugen | sumber : Paultan

untuk bahagian dalaman rasanya tiada apa yang dapat shark ceritakan,
mungkin sama sahaja dengan kereta-kereta lain,
cuma honda jazz 2014 ini dikatakan lebih luas berbanding model sebelum ini.

honda jazz 2014
ruangan driver dan hadapan | sumber : Paultan

bagi peminat kereta hatchback seperti shark,
honda jazz 2014 mungkin boleh diletakkan dalam senarai kereta idaman
lebih info,rujuk laman web  Paultan.org | 2014 Honda Jazz Launched In Malaysia
semoga bermanfaat buat peminat kereta.

semua gambar dan info ini diambil dari Paultan.org
laman web kereta nombor 1 di Malaysia

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

0 Response to "Model Baru Honda Jazz 2014"

Post a Comment