Penantian Jam 6:10 pagi

MH17
#prayformh17

tiba-tiba sahaja otak ni blank untuk menulis entry hari ini,
terkejut dan sedih atas apa yang terjadi kepada pesawat MAS MH17.
Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

#MH17 yang dijangka tiba di KLIA pada jam 6:10 pagi tidak akan tiba,
tiada penantian ahli keluarga yang akan diterima oleh penumpang MH17
hanya doa dan salam takziah akan mengiringi pemergian penumpang MH17.

MH17
Hilang dari radar dunia

hentikan spekulasi,
hentikan cerita dongeng,
hentikan gambar-gambar tragedi,
hentikan video-video tragedi,
hentikan kerja sia-sia

masih ada ramai lagi yang memerlukan kita,
masih ramai lagi memerlukan doa kita,
masih ramai lagi memerlukan semangat kita,
masih ramai lagi memerlukan pengorbanan kita,

terima kasih palestine
Selamatkan Palestine - Terima Kasih Palestine

harini hari Jumaat,
penghulu segala hari,
manfaatkan hari yang bermakna ini,
sama-sama menadah tangan memohon petunjuk dari Maha Esa.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#prayformh17

0 Response to "Penantian Jam 6:10 pagi"

Post a Comment