Alyah kongsi gambar bersama Ramli di WhatsApp

Alyah kongsi gambar bersama Ramli di WhatsApp


Walaupun enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung pendedahan perkahwinan rahsianya semalam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun tindakan Alyah menggunakan foto dirinya bersama Datuk Ramli MS sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp jelas menunjukkan betapa penyanyi itu begitu selesa untuk berkongsi statusnya sebagai isteri kepada pengarah muzik dan komposer terkenal itu.


Alyah kongsi gambar bersama Ramli di WhatsApp, info, terkini, gosip, hiburan, sensasi, isu hangat artis,
Foto Alyah dan Ramli yang digunakan penyanyi wanita itu sebagai gambar profil akaun WhatsApp miliknya. - FotoBHonline

Gambar berkenaan memperlihatkan kedua-duanya seperti berada di sebuah bilik tatarias apabila Alyah kelihatan bersolek di depan cermin manakala Ramli pula sedang memperkemaskan butang kotnya.

Sebelum insiden 'terjahan' ke kediaman Ramli di Bandar Kinrara, di sini, membabitkan pihak JAIS berlaku pagi semalam, Alyah hanya meletakkan gambar dirinya di aplikasi terbabit.


Penyanyi Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerana Sayang itu juga dilihat mengemaskini statusnya di aplikasi berkenaan, sejam lalu.

Status yang berbunyi 'Aku Gantungkan Semua Kepadamu' bagai menyampaikan luahan isi hatinya, yang mahu Ramli sendiri memberikan penjelasan berhubung perkahwinan rahsia mereka yang difahamkan berlangsung di Batam, Indonesia tahun lalu.

Baca : Komen Alyah Isu Kahwin Secara Rahsia

Sumber : bharian.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Related Posts :

  • Facebook Dunia KucingFacebook Dunia Kucing,salah satu page kegemaran shark.shark antara golongan yang suka kucing,orang kata kalau lelaki minat kucing,lelaki itu… Read More...
  • 2 Gambar Untuk DinilaiGambar 1bermula semalam Header di blog shark sudah berwajah baru..Header kali ni shark buat simple jer..sebab itu jer termampu..BCS ?Blog Ce… Read More...
  • Pembayaran BR1M Hari Ini ( 21FEB )BRIM 2014 dijanjikan pada 22hb..tapi hari ini ( 21hb ) BRIM sudah pun masuk ke dalam akaun.Pembayaran BRIM 2014 - 21Feb 2014 ramai juga… Read More...
  • 28 Tahun24 - 02 - 198624 - 02 - 1987 - 1 tahun24 - 02 - 1988 - 2 tahun24 - 02 - 1989 - 3 tahun24 - 02 - 1990 - 4 tahun24 - 02 - 1991 - 5 tahun24 - 0… Read More...
  • 22 Tahun Sudirmah Haji ArshadDato' Sudirman Haji Arshad ( 25 Mei 1954 - 22 Feb 1992)22 tahun sudah pemergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad, tetapi lagu beliau masih l… Read More...

0 Response to "Alyah kongsi gambar bersama Ramli di WhatsApp"

Post a Comment