Sharifah Sakinah Bakal Berhenti Berlakon?

Pelakon dan duta jenama Adidas, Sharifah Sakinah terus bersemangat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk terus mementingkan gaya hidup sihat dengan bersenam.


Sharifah Sakinah Bakal Berhenti Berlakon?, info, terkini, hiburan, gosip,


Malah sejak mempopularkan jenama kecergasannya sendiri di bawah nama Fitness Sakinah (Instagram @fitnessakinah), adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahira ini dilihat seperti tidak mahu lagi berlakon.


Sharifah Sakinah Bakal Berhenti Berlakon?, info, terkini, hiburan, gosip,
SHARIFAH Sakinah sedang menjalani latihan kecergasan


"Tak saya nafikan sejak membabitkan diri dalam dunia kecergasan, dunia lakonan seperti jatuh di tangga kedua. Kalau dulu saya seperti 50-50 untuk dunia kecergasan dan lakonan tetapi sekarang peratusan sudah jadi 60 untuk kecergasan dan 40 untuk lakonan.




"Tapi itu tak bererti saya mahu meninggalkan terus dunia lakonan. Kalau ada kelapangan dan ada terima tawaran pada masa yang tepat, kenapa perlu saya tolak," katanya yang menganjurkan Fitness Sakinah untuk 30 orang saja secara percuma pada 31 Ogos ini di Muay Fit Damansara Perdana milik Sharifah Haslinda.


Bercerita lanjut mengenai Fitness Sakinah yang akan diadakan pada Hari Kemerdekaan Ahad ini, mereka yang terpilih akan dipastikan membakar kalori yang banyak untuk tempoh satu jam.

"Selain ada sukan Muay Thai, mereka akan dibantu jurulatih kecergasan melakukan rutin senaman seperti body pump dan cardio boxing. Jika ada yang berminat selepas sesi percuma itu kami akan tawarkan sesi berharga RM450 pula selepas itu untuk tiga bulan.

"Dalam tiga bulan itu, kita wajibkan mereka untuk bersenam dua kali seminggu. Untuk yang berbayar ini pun kita sediakan jurulatih kecergasan tetapi secara berkumpulan. Insya-Allah selain Fitness Sakinah yang terus diadakan secara terbuka ikut kelapangan saya, kita juga merancang untuk adakan sesi boot camp pula.

"Boot Camp ini dijangka bermula November depan dan setiap mereka yang menyertai ini diwajibkan mengikutinya setiap minggu. Kita akan letak harga sekitar RM400 hingga RM500 untuk tempoh tiga bulan dan ia akan diadakan di tempat terbuka juga," katanya.

Tambah Sakinah, beliau juga akan memastikan mereka yang sudah membayar untuk memberikan komitmen terbaik dalam misi mengurangkan berat badan ataupun meningkat stamina.

"Kalau perlu kita akan cari mereka ke rumah untuk bersenam jika tidak dapat menyertai di tempat yang diumumkan. Kita mahu mereka bertanggungjawab di atas wang yang dilaburkan untuk menyertai senaman ini," katanya.

Menjawab persoalan mengenai sesetengah pihak yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai artis yang memperjuangkan dunia kecergasan, Sakinah sedar beliau tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

"Benar saya tidak mempunyai kelayakan tertentu dalam bidang kecergasan tetapi hanya berbekalkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsi. Prinsip saya ialah mahu memberikan kesedaran ke arah gaya hidup sihat," katanya yang turut mempromosikan kempen terbaharu Adidas dipanggil, Adidas My Girls.

Bagi Sakinah, ada banyak sebab mengapa dia memilih untuk aktif bersenam. Pernah memiliki badan sedikit gempal termasuk pipi tembam dan sesekali berat badan turun kerana mencuba pelbagai ubat kurus badan, kesedaran mulai timbul pada dirinya untuk memilih cara sihat menurunkan berat badan.

"Saya sudah mencuba pelbagai pil kurus. Ada antaranya yang cukup berkesan menurunkan berat badan, tetapi memberi kesan lain hingga mengganggu emosi. Mujur saya tak berpanjangan meneruskan cara itu dan seakan-akan tersedar daripada lamunan.

"Pengalaman lalu dapat merasai rasa kurus cepat dan berat badan naik mendadak apabila meninggalkan pil kurus membuatkan saya sedar cara itu tidak wajar diteruskan. Sebab itu saya alihkan ruang itu dengan bersenam. Pada akhirnya cara pemakanan yang betul dan senaman berterusan antara kunci kepada gaya hidup sihat.

"Ikutkan, sejak zaman persekolahan lagi saya sudah terbiasa melihat aktiviti senaman kerana kakak saya pernah membuka pusat gim sendiri hinggalah dia menjualnya. Bayangkan sampai keluar ke mana pun saya seperti tak reti berfesyen kerana asyik pakai baju sukan saja bila keluar rumah," kata Sakinah ditemani teman baiknya, Pinography, merangkap pengurus.

Sumber : bharian.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Sharifah Sakinah Bakal Berhenti Berlakon?"

Post a Comment