Lelaki ‘Bersiar-Siar’ Dengan Bas Curi Selama Tiga Jam | Entah apa yang difikirkan oleh seorang lelaki apabila dia bertindak memandu sebuah bas Go KL yang diletakkan di hadapan Medan Mara, Kuala Lumpur, jam 7.30 pagi tadi.
Menerusi laporan The Star, pemandu bas tersebut keluar sebentar untuk ke tandas.
Mujurlah ketika kejadian, tiada penumpang yang berada di dalam bas tersebut.
Suspek memandu bas tersebut selama tiga jam bermula dari Jalan Raja Laut sehingga ke Jalan Daun Inai Merah yang berdekatan dengan bulatan Bandar Desapark.
Kehilangan bas tersebut telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kemudiannya turut meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya menerusi laman sosial.
Tindakan suspek turut mencetuskan kekecohan apabila melanggar tiga kenderaan ketika melalui Jalan Semarak.
Bagaimanapun, tiada yang tercedera dalam insiden tersebut.
Pihak polis kini berusaha untuk mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas kejadian berdasarkan cap jari pada stereng bas tersebut.
SUMBER : MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Lelaki ‘Bersiar-Siar’ Dengan Bas Curi"
Post a Comment