Azlee Khairi Nikah Di Kampung? | "Persiapan kahwin memang kami sudah lakukan sedikit demi sedikit. Ada masa saja, kami akan buat persiapan. Tarikh kahwin memang seperti diketahui sebelum ini sekitar hujung tahun. Ia mungkin boleh jadi bulan September, Oktober, November atau Disember," demikian kata Azlee Khairi, 25, mengenai perancangan perkahwinannya.
Tambahnya, dia telah merancang untuk melangsungkan pernikahan dengan Dayang Norlelawati Puteh, 31, di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak. Bagaimanapun, belum ada tarikh tepat pernikahan yang dapat dikongsinya buat masa ini.
Untuk info, Azlee dan Norlelawati sebelum ini telah mengumumkan pada media yang mereka akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. Norlelawati ketika ini adalah pengurus peribadi kepada calon suaminya itu.
"Tarikh nikah memang belum dapat ditetapkan dek komitmen seni saya. Jadi persiapan kahwin, mana sempat kami pulun buat. Rancangnya kami nak bernikah di Kuala Kangsar yakni kampung saya. Itu pun sekadar majlis kecil-kecilan.
"Ada kesempatan dan rezeki lebih, kami rancang adakan majlis resepsi di ibu kota selain negara kelahiran bakal isteri saya iaitu di Brunei. Semua kena tengok keadaan. Apa yang penting, biar selesai urusan wajib seperti nikah dulu.
"Saya sudah ada tanggungjawab untuk memikul dunia baru ini. Kalau nak kata tak ada duit nak kahwin, sampai bila pun ia akan jadi alasan. Nak tak nak kita kena lakukan sesuatu atau sekurang-kurangnya kita kena cuba merealisasikannya," ujarnya dipetik sebagai berkata.
"Insya-Allah nanti kalau jadi majlis resepsi saya akan jemput rakan media," tambahnya yang berkemungkinan hanya akan memaklumkan rakan media saja mengenai hari pernikahannya nanti.
Baca : Diana Danielle Cemburu Dengan Maya Karin Pula?
Sumber : myartis.com
Sumber : myartis.com
0 Response to "Azlee Khairi Nikah Di Kampung?"
Post a Comment