Diana Danielle Cemburu Maya Karin Pula? | Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Betul tak? Rasanya korang semua mesti dah tau mengenai kisah Diana Danielle yang menegur tindakan Nora Danish berpegangan tangan dengan suaminya, Farid Kamil kan?
Haa, foto yang dikatakan tersebut diambil bagi mempromosikan filem yang dilakonkan oleh Nora dan Farid. Ni tak lama lagi Farid bakal muncul dengan filem terbaru iaitu ‘Lagenda Budak Setan 3′.
Bila kami diberi peluang menonton filem ini, kami lihat banyak juga aksi-aksi romantis Farid kamil dan Maya Karin selaku heroinnya. Emm, Diana tak cemburu lagi ke?
Bila kami diberi peluang menonton filem ini, kami lihat banyak juga aksi-aksi romantis Farid kamil dan Maya Karin selaku heroinnya. Emm, Diana tak cemburu lagi ke?
Farid bergandingan dengan Maya Karin dalam LBS3 |
Kesempatan bertemu Farid di Pra-tonton LBS3, tak kami lepaskan, kami pun tanyalah tuan punya badan adakah pisang akan berbuah dua kali.
Kata Farid, isterinya sendiri merupakan peminat novel LBS, jadi baginya tiada masalah bagi Diana kerana dia sendiri faham akan watak Kasyah yang dibawa.
Diana merupakan peminat LBS 1 dan 2, malah dia sendiri tak sabar nak tengok LBS3, InsyaAllah saya akan bawa dia ke premier nanti.
InsyaAllah takkan ada lagi cemburu. Pengalaman yang saya tanya orang pun, bila tahun pertama hingga kelima pasti ada situasi dimana pemahaman masing-masing akan lebih jelas.
Kalau ada cemburu pun, dia akan lebih advance lagilah hehe, maksudnya dia akan lebih melariskan movie. Perkara yang lepas tu mungkin takkan ada lagi.
Dia mengenali saya sebagai pelakon tetapi sebagai suami yang berlakon, itu satu pengalaman baru, jadi benda-benda macam tu, Wallahualam.
Kata Farid, pengalaman yang terjadi diambil sebagai pengajaran baginya suami-isteri. Haa, betullah tu, suami isteri kenalah saling memahami.
Lagipun, pada kami soal cemburu ni biasalah. Namapun sayang.
Apapun, kami tetap suka melihat kebahagiaan Farid dan Diana bersama putera mereka. Agak-agak bila nak tambah lagi satu ya. Hehe.
0 Response to "Diana Danielle Cemburu Maya Karin Pula?"
Post a Comment