Pasti lebih bahagia apabila pasangan yang baru berkahwin dan tidak lama kemudian disahkan hamil, samalah seperti pasangan Almy Nadia dan Fiz Fairuz yang dapat tahu kehamilannya kurang 2 bulan berkahwin.
Malah lebih bahagia lagi mereka masih mood honeymoon dan terbaru menerusi foto yang dikongsi Almy dalam Instagram, mereka ke Universal Studio Singapore untuk berbulan madu.
Dalam foto-foto mesra dan ceria mereka itu, sekeping foto Almy yang sedang berdiri itu kelihatan agak jelas seperti perutnya sudah nampak baby bump. Wah comel sekali!
Berikut merupakan foto yang dimaksudkan:
Tak pasti usia kandungannya kini tapi mungkin dalam jangka kurang lebih 3 bulan dari kiraan yang pernah diberitahu sebelum ini.
Tak kisah lah, apa-apa pun doakan agar Almy dan kandungan sihat sehingga selamat dilahirkan nanti hendaknya.
Sumber : murai.com.my
0 Response to "Baby Bump Almy Nadia Dah Kelihatan!"
Post a Comment