Dafi Mendahului Carta Instagram

Percaya atau tidak, dalam ramai-ramai bintang Akademi Fantasia, penyanyi Dafi menduduki tempat pertama yang mempunyai bilangan pengikut di laman Instagram berbanding temannya yang lain.


Dafi Mendahului Carta Instagram, info, terkini, hiburan, artis


Dia mengalahkan Marsha Milan Londoh, Hafiz Suip, Adira dan beberapa orang lagi dengan jumlah pengikut seramai 163,000 dan telah memuat naik lebih 3,100 gambar.




Menerusi laporan BH Online baru-baru ini, Dafi mengakui popularitinya barangkali tidak sehebat Hafiz Suip atau Stacy, tetapi dia adalah antara yang terus mekar dalam memperjuangkan bakat seninya selepas menyertai Akademi Fantasia musim kelima.

"Apabila diberitahu perkara ini, memang saya tak menyangka dengan berita ini. Sejujurnya saya tak beranggapan pun diri ini popular sangat. Tapi barangkali saya mendaftar akaun Instagram ini awal dan hari demi hari berjaya mengumpul pengikut. Saya mula aktif Instagram sejak tiga tahun lalu," katanya dalam laporan akhbar online berwajah baru berkenaan.

Ketika ini, Dafi mempunyai jumlah pengikut seramai 163,000, diikuti Marsha dengan 161,000, Adira (160,000), Hafiz Suip (143,000), Akim (130,000) dan Stacy (103,000).

Dafi gemar memuat naik gambar selfie, aktiviti harian termasuk gambar bersama teman, keluarga dan rakan artis di dalam Instagram miliknya itu.

Malah, apabila bercuti, beliau juga gemar berkongsi gambar panorama serta pemandangan lokasi negara mahupun tempat yang dijejaki.

Dafi dalam kenyataannya berkata, dia turut mengambil pendekatan untuk menyekat akses pengikut yang keterlaluan termasuklah yang gemar mempromosikan produk atau perkhidmatan menerusi hashtag visit my ig (Instagram).

Katanya, sebarang perkara negatif memang tidak dialu-alukan dan dia juga suka berkomunikasi dengan pengikutnya dengan membalas komen sebanyak mungkin jika berkelapangan.

Baca : Romie Enggan Lepaskan Hanez Suraya?

Sumber : murai.com.my

0 Response to "Dafi Mendahului Carta Instagram"

Post a Comment