Dazrin Tak Putus Asa Selamatkan Hubungan Dengan Amyra

Dazrin Tak Putus Asa Selamatkan Hubungan Dengan Amyra  | Pelakon, Dazrin akui masih menyayangi Amyra Rosly walaupun perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos lalu tidak dapat diteruskan.


Dazrin Tak Putus Asa Selamatkan Hubungan Dengan Amyra , info, terkini, hiburan, pasangan selebriti, gosip, kontroversi


Dazrin berkata dia tidak akan berputus asa  untuk pulihkan kembali hubungannya dengan Amyra kerana wanita itu sahaja yang tertakhta di hatinya hingga kini.

“Saya masih sayangkan dia (Amyra). Pada saya sia-sia sahaja hubungan kami yang terjalin selama  2 setengah tahun itu untuk berakhir dengan sebab yang saya anggap remeh sahaja.

“Saya kini hanya mahu dia sahaja dan saya tidak mahu buang masa untuk kenal semula orang baru dan menjalinkan hubungan daripada mula.

“Saya akan berusaha untuk dapatkan dia kembali dan pulihkan segalanya. Namun dalam masa yang sama saya perlu bagi masa kepada Amyra untuk membuat keputusan kerana saya pun tak mahu seseorang itu kahwin dengan saya kerana terpaksa,” katanya kepada murai.com.my.

Dazrin ditemui ketika hadir di rumah terbuka Utusan Karya di Bangi, semalam.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai punca pembatalan perkahwinannya di saat-saat akhir itu, sebaliknya menolak pelbagai dakwaan buruk yang dilemparkan kepadanya.

“Sebenarnya punca kami putus hanya kerana perselisihan yang kecil sahaja dan tak sangka ia melibatkan keputusan yang besar sehingga perlu menangguhkan perkahwinan kami.

“Saya tahu pelbagai andaian seperti orang ketiga dan dakwaan saya playboy telah dilemparkan terhadap saya yang menjadi punca kepada tergendalanya perkahwinan kami. Saya Cuma boleh cakap hanya orang yang mengenali diri saya sahaja yang tahu sikap saya,” jelasnya.

Sementara itu Dazrin akui agak murung selepas perkahwinnannya itu terpaksa dibatalkan 15 hari sebelum hari mereka sepatutnya dilangsungkan.

“Segala persiapan sudah siap hampir sepenuhnya, saya juga akan frustrated tapi nak buat bagaimana mungkin belum tiba masanya.

“Saya juga berkurung gampir lebih sebulan di rumah kerana malu untuk berjumpa dengan orang ramai,” luahnya lagi.

Dazrin yang baru sahaja tamat penggambaran drama bersiri Quddos itu, bakal muncul dalam telemovie sempena hari Merdeka iaitu Bingkai Kaca pada 31 Ogos di TV9.


Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Dazrin Tak Putus Asa Selamatkan Hubungan Dengan Amyra "

Post a Comment