Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat Dengan Kontrak? | Status perkahwinan Dynas Mokhtar dan suaminya sehingga ke hari ini masih menjadi teka-teki. Walaupun sudah tampil menafikan penceraian berlaku antara mereka, desas-desus keretakan rumah tangga mereka masih bertiup kencang. Menariknya menerusi Harian Metro semalam di ruangan Cik Pang, ada sumber memaklumkan yang penceraian Dynas dan suami ditangguhkan kerana kontrak Dynas dengan sebagai duta produk kelengkapan peribadi. Hmmmm.
Dikatakan syarikat tersebut telah memilih Dynas sebagai duta produk mereka kerana status Dynas sebagai seorang isteri dan ibu. Oleh itu sangat penting untuk Dynas mengekalkan imej dan gaya hidup keluarga bahagia. Sekiranya penceraian berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan imej syarikat tersebut sekaligus membuatkan Dynas dan suami sepakat untuk menyelesaikan masalah antara mereka selepas kontrak tersebut tamat. Demi mengelakkan kontrak itu ditarikbalik, terpaksalah Dynas dan suami merahsiakan apa jua yang berlaku daripada pengetahuan umum.
Hmmmmm. Nampak agak pelik tetapi mungkin juga ada kebenarannya. Di harapkan ada hikmah di sebalik kontrak ini sekiranya memang benar rumahtangga Dynas dan suami sedang retak menanti belah. Mana tahu penangguhan ini akan membangkitkan kembali kemesraan dan kebahagiaan yang pernah dikecapi satu ketika dahulu. Semoga ia akan menjadi langkah pertama untuk mereka berbaik semula demi masa depan anak-anak. Sama-samalah kita doakan.
Baca : Pelakon Lydiawati Jatuh Sakit Kali Kedua Akibat Buatan Orang
Sumber : beautifulnara.com
0 Response to "Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat Dengan Kontrak?"
Post a Comment