Hairul Azreen enggan berlakon aksi ngeri | Pelakon Hairul Azreen Idris membuat keputusan untuk tidak lagi menerima tawaran bekerja sebagai pelakon lagak ngeri kerana ia tidak setimpal dengan risiko yang harus ditanggungnya.
Jelas Hairul yang kini terpaksa berehat selama enam bulan selepas menjalani pembedahan lutut baru-baru ini, bayaran yang diterimanya tidak berbaloi dengan apa yang dilakukannya.
"Dulu saya memang gemarkan apa-apa aktiviti lasak. Sebab itu saya main ambil saja apa-apa tawaran untuk menjadi pelakon aksi ngeri.
"Memandangkan saya kini dapat merasai risikonya seperti sekarang (masalah lutut), maka saya mengambil pendekatan untuk tidak membabitkan diri sebagai pelakon lagak ngeri melainkan menerima tawaran bayaran yang berbaloi," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.
Bercerita tentang pembedahannya, pelakon berusia 26 tahun ini memberitahu dia telah dinasihatkan doktor agar tidak melakukan sebarang aktiviti lasak selama enam bulan bagi memastikan kecederaannya tidak menjadi lebih parah.
Hairul telah menjalani pembedahan lutut iaitu Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang merupakan urat dalam sendi yang menjaga kestabilan sendi lutut di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada Selasa.
"Sebenarnya saya sudah pun merancang untuk melakukan pembedahan sejurus selepas sambutan Aidilfitri memandangkan sudah lama lutut saya sakit.
"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar dan doktor menasihatkan saya supaya berehat melakukan sebarang aktiviti lasak dalam masa enam bulan.
"Malah saya juga tidak boleh mengambil tawaran berlakon selama dua bulan agar dapat memberi fokus terhadap rawatan fisioterapi," kata Hairul lagi yang dijangka keluar wad dalam tempoh lima hari lagi.
Baca : Isu Rumahtangga - Kenyataan Awie Yang Mengejutkan
Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Hairul Azreen enggan berlakon aksi ngeri"
Post a Comment