Iqa (Velvetband) Ditipu Peniaga | Penyanyi Iqa (Velvetband) berang apabila kasut yang dibeli secara online menerusi laman Instagram masih belum diterimanya walaupun sudah membuat tempahan sejak sebulan lalu.
Berusia 28 tahun, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor berkata, kejadian itu membuatkan dia meminta peniaga tersebut memulangkan wangnya, bagaimanapun hingga kini pelbagai alasan diberikan peniaga tersebut.
"Saya sememangnya seorang pembeli barangan online tegar dan tidak pernah mempunyai masalah dalam urusan jual-beli.
"Tetapi lain pula kali ini apabila kasut yang saya beli hingga kini masih belum diterima. Macam-macam alasan peniaga itu beri.
"Kemudian saya memutuskan untuk meminta peniaga berkenaan memulangkan semula wang saya. Itu pun dilengah-lengahkan. Kononnya duit saya sudah dikembalikan menerusi transaksi bank, tetapi apabila disemak, tiada sebarang transaksi dilakukan," katanya yang dihubungi mStar Online.
Bagaimanapun, tambah Iqa, kejadian ditipu itu tidak pernah membuatkan dia serik untuk membeli barangan secara online lagi.
Katanya, dia yang turut mempunyai barangan jualan di laman Instagram iaitu Therockingdollshop percaya, tidak semua peniaga online yang mengambil kesempatan terhadap pembeli.
"Dari dulu lagi, saya lebih senang membeli belah menerusi internet. Cuma silapnya, saya mudah mempercayai orang dan yakin tiada yang akan menipu berkaitan urusan jual beli.
"Ini juga pengajaran buat diri supaya lebih berhati-hati selepas ini.
"Tetapi tidaklah sampai serik nak membeli di internet. Saya yakin masih ramai lagi yang jujur berniaga. Cuma sebagai pembeli, saya perlu teliti dengan setiap transaksi dan bukti pembelian yang dibuat," ujarnya.
Baca : Johan Raja Lawak Minta Bayaran Untuk Sesi Temubual
Sumber : hbah.net
0 Response to "Iqa (Velvetband) Ditipu Peniaga"
Post a Comment