Izreen Azminda Muat Naik Foto Seksi Amar Baharin Berseluar Pendek

Siapa kat sini amat menggilai hero drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) di slot Akasia TV3? Alaa, si Amar Baharin yang sedang rancak dikatakan bercinta dengan Izreen Azminda tu.


Izreen Azminda Muat Naik Foto Seksi Amar Baharin Berseluar Pendek, info, terkini, artis, hiburan, kontroversi amar baharin


Haa, kalau ada, meh sini ceq nak habaq mai. Semalam, melalui laman Instagram Izreen Azminda, dia ada memuat naik sekeping foto bersama Amar tau!




Bukannya kami pelik Izreen memuat naik gambar tersebut, tetapi kami pelik dengan cara pemakaian Amar. Seksi baq hang! Walaupun lengkap berbaju, tetapi penampilan Amar tetap menarik perhatian segelintir pengikut instagram Izreen.

Izreen Azminda Muat Naik Foto Seksi Amar Baharin Berseluar Pendek, info, terkini, artis, hiburan, kontroversi amar baharin


Gambar Amar berseluar pendek mengundang pelbagai reaksi

Dalam salah satu foto tersebut, Amar memakai kemeja dan hanya berseluar pendek. Kemejanya pula tidak dibutangkan dan menampakkan sedikit bahagian dadanya.

Kami difahamkan, ketika foto tersebut diambil, Amar dan Izreen sedang menjalani photoshoot untuk sebuah majalah. Jadi cover lagi uolls. Rezeki mencurah-curah buat mereka berdua ini.

Nah! Dek kerana foto tersebut, ramai pula yang menegur Amar supaya menjaga pemakaiannya yang sisifatkan sebagai seksi itu. Ada juga yang mengatakan dress up macam tu tak sesuai dengan Amar.

Izreen Azminda Muat Naik Foto Seksi Amar Baharin Berseluar Pendek, info, terkini, artis, hiburan, kontroversi amar baharin


Tak kurang juga ada yang suka dengan pakaian aktor ini. Haih, macam-macam hal kan? Pakai baju salah, tak pakai baju salah, apa pun tak boleh. Hehehe.



Apapun, kami harap Amar tak berkecil hati dengan teguran dari peminat ya? Mana yang elok ambil dan jadikan tauladan, yang tak elok tu jadikan sempadan. Okay?

Baca : Neelofa Bakal Nikah Dengan Kerabat Diraja

Sumber : ohbulan.com

0 Response to "Izreen Azminda Muat Naik Foto Seksi Amar Baharin Berseluar Pendek"

Post a Comment