Kelakuan Betty Banafe Di Lokasi Penggembaran Yang Pelakon Lain Tak Buat

Betty Banafe Menyusukan Anak Di Lokasi Penggambaran | Dek kerana masih menyusukan bayinya yang baru berusia 8 bulan, pelakon, Betty Banafe akui terpaksa membawa puterinya, Julia ke lokasi penggambaran drama yang dilakonkannya baru-baru ini.


Kelakuan Betty Banafe Di Lokasi Penggembaran Yang Pelakon Lain Tak Buat, info, terkini, hiburan, sensasi, hangat


Betty Banafe berkata dia bersyukur kerana anaknya itu tidak banyak kerenah walaupun dibawa ke lokasi penggambaran.

“Sebenarnya selepas bersalin saya akui memang agak sukar untuk kembali bekerja kerana anak saya masih menyusu secara terus dan dia masih belum boleh terima untuk menyusu menerusi botol.




“Malah saya bercuti bersalin sepenuhnya hampir 5 bulan kerana dia. Namun, masih ada produser yang mahu saya berlakon dan saya bersyukur kerana pihak produksi dan pengarah drama bersiri tersebut memahami keadaan saya.

“Jadi saya pun bawa Julia ke lokasi dan saya akan menyusukannya ketika waktu rehat. Alhamdulilah dia tidak banyak meragam dan senag diuruskan,” katanya kepada murai.com.my

Pun begitu, Betty memberitahu menyusukan anak bukan alasan untuk dia tidak keluar bekerja.

“Sepatutnya menjadi ibu apabila hamil dan bersalin itu bukan alasan untuk tidak keluar bekerja. Sebagai wanita yang sudah mempunyai anak seperti saya ianya tidak menjadi masalah jika kita pandai mengaturnya,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Betty bakal muncul dengan single terbaru berjudul Naluri bersama Universal Music Malaysia Snd Bhd.

Baca : Hans Isaac Dakwa Kenyataan Neelofa Jejas Imejnya

Sumber : murai.com.my

0 Response to "Kelakuan Betty Banafe Di Lokasi Penggembaran Yang Pelakon Lain Tak Buat"

Post a Comment