Mayat Baru Lahir Dicampak Dalam Longkang

Mayat seorang bayi perempuan yang telah lengkap dengan tali pusat dijumpai dalam keadaan bogel di dalam longkang sedalam satu meter di Taman Seri Sungai Pelek, Sepang semalam.


Mayat Baru Lahir Dicampak Dalam Longkang, info, terkini, berita kes buang bayi


Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang menyatakan mayat bayi tersebut telah ditemui seorang lelaki berusia berumur 52 tahun di dalam longkang di belakang rumahnya kira-kira pukul 9.10 pagi.




Pemeriksaan pada bayi berkulit cerah tersebut telah mengesan terdapat kesan calar pada dahinya yang dipercayai akibat dicampak ke dalam longkang tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Baca : Gambar Emma Maembong Berpelukan Dengan Lelaki?

Sumber : katakcomel.my

0 Response to "Mayat Baru Lahir Dicampak Dalam Longkang"

Post a Comment