Princess Elsa Frozen Kembali

princess elsa frozen
ramai yang ingin meniru watak Princess Elsa Frozen

Animasi Frozen pernah menggegarkan satu dunia,
Malaysia tidak terlepas dari terkena tempias kartun frozen nie,
ibubapa yang mempunyai anak perempuan semestinya pernah mengalami demam frozen ni,
setiap hari ada saja suara yang menyanyikan lagu berhantu "let it go".
bermacam suara,bermacam gaya,bermacam pelat,
semuanya mahu bergaya dengan baju princess frozen di hari raya,
nampak sahaja gambar frozen mereka gertak mahu memilikinya.
karenah anak-anak yang comel.

kini princess Elsa kembali,
kali ini bukan dalam bentuk animasi,
tapi dalam bentuk realiti,
rancangan bersiri terkenal Once Upon A Time akan mengetengahkan watak Princess Elsa untuk musim baru,
bagaiman agaknya muka princess Elsa dalam realiti.
jum kita tengok.

pincess elsa frozen
Princess Elsa Dan Anna  |  Sumber : Disney Blog

princess elsa frozen
pakaian dan watak hampir sama dalam animasi | sumber: Disney Blog

princess elsa frozen
pakaian Princess Elsa menjadi perbualan | sumber : Disney Blog

princess elsa frozen
Rambut Elsa turut menjadi ikutan | sumber : Disney Blog

menarik bukan,
muka dan pakaian hampir sama dengan animasi,
musim baru Once Upon A Time akan memulakan siaran 28September nanti.
tapi itu adalah siaran untuk ABC di Amerika Syarikat,
di Malaysia boleh dapatkan rancangan ini di saluran Astro Star World ( 711 & 722 )
setiap hari Sabtu  jam 10.40 malam.
sekarang di Malaysia rancangan ini sudah masuk season ke-3.
untuk musim terbaru bersama princess Elsa ni kena ler tunggu update dari Astro.

menonton Once Upon A Time ni memang menarik,
semua watak-watak kartun dihidupkan dan dijadikan rancagan bersiri,
antaranya Snow White,Peter Pan,Pinochio,Kapten Hook, dan Mulan,
jalan cerita pula berbeza dengan rancangan original kartun,
tapi masih lagi menarik untuk ditonton.

lepas ni mungkin kita boleh lihat pula pakaian pengantin ala princess Frozen,
bukan kanak-kanak sahaja mahu bergaya seperti princess,
orang dewasa pun teringin juga.
siapa kata kartun hanya untuk kanak-kanak sahaja,
kartun sesuai untuk semua.

selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

0 Response to "Princess Elsa Frozen Kembali"

Post a Comment