Neelofa Rasa Janggal & Malu Dengan Gosip Kahwini Kerabat Diraja

Ya memang desas-desus Neelofa akan menamatkan zaman gadisnya dengan kerabat diraja yang tersebar baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai. Khabar angin ini timbul secara tiba-tiba tanpa sebarang angin yang membawanya sehingga Neelofa sendiri enggan memberikan sebarang komen. Gosip ini dikatakan mula muncul apabila Neelofa bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz pada hari raya yang lalu.
Rasa Janggal & Malu Dengan Gosip Kahwini Kerabat Diraja, info, terkini, gosip, hiburan, gosip neelofa,


Menerusi Sinar Harian hari ini, seorang sumber yang dikatakan rapat dengan Neelofa telah memaklumkan pelakon itu merasa janggal dan malu apabila desas-desus ini bertiup kencang. Kata sumber tersebut:-

    Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat Diraja.


Rasa Janggal & Malu Dengan Gosip Kahwini Kerabat Diraja, info, terkini, gosip, hiburan, gosip neelofa,


    Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat Diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah jumpa dengan kerabat tersebut.

    Lagipun pertemuan bersama pemimpin (Nik Aziz) itu adalah untuk dapatkan nasihat daripada beliau bukannya berbincang pasal jodoh.



Syukur kalau gosip ini memang sekadar gosip dan bukannya kenyataan. Masih ada peluang buat jejaka-jejaka di luar sana untuk mencuba nasib mengorat Neelofa. Ramai yang lega mendengar penjelasan daripada sumber rapat Neelofa ini. Bolehlah mula pasang impian untuk beristerikan Neelofa kembali. Hehehe.

Baca : Gambar Anzalna Bercuti Di Eropah

Sumber : beautifulnara.com

0 Response to "Neelofa Rasa Janggal & Malu Dengan Gosip Kahwini Kerabat Diraja"

Post a Comment