Shiqin Kamal Serik Nak Bercinta Lagi

Setelah gagal dalam percintaan satu ketika yang lalu, pelakon Shiqin Kamal, 23, akui dia kini telah serik untuk bercinta lagi.


Shiqin Kamal Serik Nak Bercinta Lagi, info, terkini, hiburan, pelakon,


Shiqin Kamal berkata dia kini bukan mudah untuk jatuh cinta dan akan lebih berhati-hati dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.




“Saya masih single dan bukan kerana saya tidak mahu bercinta tetapi saya akui kisah lampau membuatkan saya serik untuk bercinta lagi.

“Namun saya tidak akan menolak jika ada cinta yang datang kerana kita sendiri tidak boleh target atau kawal bila kita akan jatuh cinta. Jadi saya go with the flow sahaja,” katanya kepada murai.com.my

Shiqin ditemui di lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian yang dijayakan di Cyberjaya semalam.

Pelakon yang mula popular dengan filem Lagenda Budak Setan itu baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sementara itu, Shiqin memberitahu fokusnya kini adalah mahu membina kembali kariernya dalam bidang lakonan selepas menolak beberapa tawaran lakonan ketika dia masih menuntut.

“Sebenarnya selepas filem Lagenda Budak Setan saya menolak beberapa tawaran lakonan kerana mahu fokus pada pelajaran dahulu.

“Sekarang bila sudah tamat, saya mahu membina kembali kareier lakonan saya kerana sudah semakin ramai produksi yang ingat saya sudah berhenti,” jelasnya lagi.

Shiqin kini sedang menjalani penggambaran filem Warna Cinta Impian sejak 11 Ogos lalu sebagai tunggak utama bersama hero Erwin Shah Dawson iaitu pelakon dari Singapura, selain pelakon-pelakon lain seperti Awie, Errra Fazira, Azlee Khairi dan Nelydia Senrose.

Baca : Luahan Neelofa Gosip Bakal Kahwin dengan Kerabat Diraja

Sumber : murai.com.my

0 Response to "Shiqin Kamal Serik Nak Bercinta Lagi"

Post a Comment