Sesi fotografi pra-perkahwinan Zizan Dan Emma?

Sesi fotografi pra-perkahwinan Zizan Dan Emma? | Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak enggan mengulas lanjut tentang desas-desus yang mengatakan dia dan Emma telah menjalani satu sesi fotografi pra-perkahwinan ketika berkunjung ke Jepun baru-baru ini.


Sesi fotografi pra-perkahwinan Zizan Dan Emma?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat,


Biarpun kunjungan itu pada asalnya atas urusan kerja iaitu menjalani penggambaran sebuah program travelog, namun pasangan ini dikatakan mengambil kesempatan untuk mengabadikan foto-foto romantik mereka.

"Maaf, tapi saya rasakan perkara itu tidak harus saya ulas lanjut kerana ianya terlalu bersifat personal," jawab Zizan ringkas.

Zizan turut menafikan dia dan Emma sudah punya tarikh pilihan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

"Mungkin orang hanya meneka sahaja. Perkara itu semua masih dalam perbincangan lagi. Masih belum ada sebarang tarikh. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emma," kata pelakon filem 'Tokan' ini.

Mengulas mengenai penampilan terbaru Emma yang kini manis mengenakan hijab, pelakon filem 'Cicakman 3' ini senang dan gembira dengan perubahan tersebut.

"Saya sangat senang dengan imej baru Emma. Apa-apa perkara yang Emma lakukan untuk kebaikan, pastinya akan saya sokong. Begitu juga dengan imej terbarunya. Perkara tersebut juga bukan untuk saya, tetapi untuk dirinya sendiri," kata Zizan lagi.


Sesi fotografi pra-perkahwinan Zizan Dan Emma?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat,


Zizan kini sedang giat beraksi dalam teater 'Bahayanya Wanita' yang dipentaskan semula di Istana Budaya pada 20 hingga 24 Ogos ini. Bergandingan dengan Erra Fazira, Nora Danish dan Datin Paduka Umie Aida, Zizan gembira dengan sambutan yang diberikan untuk teater ini.


"Saya gembira dengan sambutan yang diberikan untuk teater ini. Baru-baru ini kami mengadakan persembahan di Singapura. Sambutan oleh mereka di sana sangat menggalakkan. Penghargaan yang diberikan oleh semua adalah satu perkara yang membuatkan saya dan tenaga produksi gembira," ujar Zizan mengakhiri perbualan.

Baca : Pakaian Stacy Yang Mengejutkan Peminat


Sumber : gua.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Sesi fotografi pra-perkahwinan Zizan Dan Emma?"

Post a Comment